~Yang Budiman~

Jumaat, 4 Januari 2013

Ujian di Tahun Baru

Bismillahirrahmanirrahim.. Dengan nama Allah yang Maha pengasih dan Penyayang.. Sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu persuruh Allah.

Alhamdulillah wa syukkurillah, diizinkan Allah lagi di lembaran taun yang baru. Tidak tahu bila masanya nafas ini akan terhenti. Mudahan terus di bawah jagaan iman dan taat pada-Nya, amin.Hari ini, Hari Jumaat penghulu segala hari, dan merupakan entry pertama ana tulis buat tahun baru ini. Mudahan mendapat barakah dan renungan.

Tika ini, fatrah imtihan sedang dilalui. Peperiksaan final bagi semester yang kedua terakhir sebelum ana menamatkan zaman ijazah. Allahu Robbi… begitu sekejap dirasa, seperti baru mendaftar ke tahun satu. Ilmu-ilmu yang bertukar setiap semester bagai sikit-sikit dihembus angin kelupaan.. 

“Ya Allah berilah kefahaman ilmu sebagaimana kefahaman Nabi-Nabi-Mu, dan jagakanlah ilmu ini seperti diKau pelihara ilmu-ilmu Para Rasul, dan ilhamkanlah ilmu seperti diKau ilhamkan kepada Para Malaikat yang dekat dengan-Mu” Aamiin..

Kali ini, ana tak rasa situasi yang sama untuk menghadapi final exam sepertimana situasi yang pernah dilalui dulu. Tidak takut, tidak kisah, tidak gelabah atau.. Sememangnya memang tidak sedar yang sekarang tengah laluinya.

Jika dulu, persiapan untuk peperiksaan besar ini dimulai awal. Masa cuti study week ambil peluang untuk ulang kaji. Tapi sekarang sudah berada di kampus pun masih tidak datang mood study. Rasa malas je.. fikiran asyik melayang kepada lain.

Selalunya, waktu-waktu macam ni ada seseorang yang memberikan semangat.. Ada seseorang yang selalu mendoakan.. Yang selalu memberi harapan.. Yang membuatkan ana bersungguh-sungguh untuk berjuang di medan imtihan ni, kerana demi beliau..

Tapi.. Insan yang satu-satunya ana harapkan kekuatan semangat itu sekarang lebih memerlukan semangat dari ana sendiri.. Lebih memerlukan perhatian dari ana untuk selalu menghembuskan kata-kata penyembuh buatnya.. Kata-kata yang boleh membuatkan dia mampu berjuang dengan ujian Allah ini.. Mampu bersabar.. Mampu tersenyum, mampu berlapang dada.. Sungguh, ujian yang dia hadapi lagi hebat dari ujian imtihan ni.

Rasa.. Baru semalam telifione dia borak lama-lama.. Cerita gelak tawa.. dia cerita macam-macam.. Tapi, hari tu telifone dia rasa lain.. Suara macam tak semangat je. Dia ada adu dia lemah.. Badan kurang sehat, asyik nak jatuh je.. Tapi masa tu ana tak fikir apa-apa.. Mungkin letih banyak buat keja. Ana cuma pesan rehat je..  And makan ubat.

Minggu tu ana tak dapat jenguk dia. Ana ada urusan perlu laksana. Tapi ada yang lain sanggup balik tengok dia.. rasa bersalah juga.Tiba-tiba dapat maklum yang dia lemah teruk.. badan banyak lebam sebab banyak kali jatuh. Lihat keadaan rumah tunggang langgang, ada beberapa cawan gelas jatuh pecah. Ya Allah, kenapa dengan dia?

Akak cerita, tengok dia solat. Dia salah kiblat! Telekung dia pakai pun tak betul, aurat Nampak. Aik, saja-saja ke. Mustahil.

Besok tu.. dia bangun subuh awal, tengok akk solat. Dia duk wirid.. tapi dekat pukul 7 dia kata dia belum solat subuh lagi dan terus solat. Aik? Ingatkan dah solat… dia boleh kata dia lupa. Pelik.

Kakak ajak dia tinggal rumah kakak. Dia cepat-cepat setuju nak ikut. Hairan, selalunya dia taknak.. Ada je alasan dia.

Lama-lama.. badan belah kiri dia terlalu lemah. Sampai dia tak boleh bangun sendiri. Kami sangka ada gangguan makhluk halus. Bawa perubatan Islam rawat.. Untuk buang jika ada yang menganggu sebulum di bawa ke hospital.

Tapi dia macam tu juga, dan akhirnya segera ke hospital di bawah kecemasan kerana jatuh  akibat sebelah kiri krem. Lama sangat tunggu waktu tu.. nama tak dipanggil-panggil lagi dari tengahari sampai lewat petang. Seakan-akan sesuatu yang terlalu musykil untuk diketahui…

Ingatkan pendarahan yang ada di kepala dia.. Tapi, keputusan doktor kata ada sesuatu di bahagian otaknya yang belum pasti lagi, dan kemungkinan besar dia adalah ketumbuhan. Prapp! Jantung ana tersentap. Biar betul, takkan tiba-tiba je ada ketumbuhan?. Tapi masa tu takda pakar otak lagi. dia terpaksa tunggu di hantar di hospital lain. Dia kena tinggal wad…

Ana terkejut sangat-sangat.. ya Allah.. kenapa di bahagian otak, ketumbuhan jenis apa tu, bagaimana tahap dia sekarang merbahaya ke tak..  hati terus bertanya-tanya dan meminta-minta pada Tuhan agar dia tiada apa-apa.

Patutlah dia asyik lupa.. dia lupa untuk solat bagaimana, dan dia dah mula cakap bukan-bukan yang tiada kaitan. Rasa sedih sangat sebab selama ni percakapan dia penuh dengan makna.. Penuh dengan nasihat dan logik yang bernas. Tapi memang  tak  sangka dia boleh cakap merepek-repek dan Tanya bukan-bukan…

Bagai nak gila menerima hakikat dia macam tu. Dia yang dianggap di hujung nyawa yang ntah berapa harapan yang masih ada. Mulalah hati ini tidak boleh menerima dan tidak boleh menahan sebak di dada.
Ya Allah.. Rasa berdosa sangat biarkan dia selama ini sorang-sorang tanpa berteman.. rasa berdosa sangat biarkan dia tanpa membawa rawatan selalu ke hospital.. rasa kecewa sangat setiap kali keluhan atau aduan dia diremehkan..diabaikan.. T_T

Sebelum itu, ana belum melihat raut wajahnya yang bersedih dengan apa yang ditimpanya walau sudah beberapa bulan dia lalui.. belum lihat titisan jernih jatuh di pipinya lagi. Dia seakan reda dan tabah. Mungkin kerana diawal musibah yang menimpanya, dia tak sedar.. dan fikirannya belum stabil, fikirannya terganggu dek ingatan yang kurang jelas akibat terjejasnya fungsi otak.

Tapi, bila keadaan dia ingatan kembali, hari tu di wad hospital.. reaksinya berubah bila dia Tanya ana.. “bila exam peperiksaan akhir nanti?” ana jawab bulan 1 nanti.. tiba-tiba memek muka dia berubah dan dia bersedih lalu nangis… eh kenapa ni?

Dia jawab dia tak dapat baca yasin lagi waktu ana ambil periksa nanti yang telah menjadi kebiasaan yang dia buat dulu. Masa ni ana betul-betul tak dapat tahan dan mengalah juga dengan termenangis di depannya yang cuba disorokkan sebelum ni.

Sebak bukan sebab dia tak dapat baca yasin untuk ana, tapi sedih sebab dalam keadaan dia macam tu dia masih fikirkan keadaan diri ana dan adik-beradik yang lain. Dia lebih merisaukan diri kami dari diri dia sendiri yang tidak tahu keadaan sebenar bagaimana. Ya Allah… memang fitrah hati seorang insan yang bergelar Ibu yang terlalu melebihkan anak-anaknya… 

Keputusan doktor mengatakan dia dihidapi penyakit kanser limfoma di otaknya, dan perlu menjalani rawatan kimoterapy bagi menghapuskan terus kesemua sel-sel kanser. Kami berat hati untuk dia jalankan kimoterapi stelah 10 tahun dulu yang dia pernah alami begitu dahsyat.

Namun, ketegasan doktor telah membongkarkan keadaan sebenar  yang dia telah berada di tahap 4, last stage for cancer dan hanya ada harapan beberapa bulan saja lagi untuk hidup.

Druuppppp! Jantung ana seakan-akan terhenti bila keputusan itu diberitahu oleh kakak. Rasa seperti mahu meninggalkan kampus dan terus pulang mendakapkan dia yang amat-amat ana sayang..  namun pujukan kakak yang meminta agar sempurna urusan belajar dan jenguk bila hujung minggu.

lelehan air mata tak dapat dibendung sehingga  sakit mata dan terpaksa memakai spek bagi menahan kepedihan mata yang perit. “ya Allah.. selamatkanlah ibuku.. selamatkanlah nyawanya.. panjangkanlah usianya.. sembuhkanlah ibuku.. terlalu banyak yang belum aku laksanakan untuk ibu..”

Terkenang kenangan bersama ibu… terbayang bagaimana kehidupan nanti jika tanpa ibu? Setiap melangkah hanya tergambarkan dia.. pesan dia, teguran dia, ibadah dia, kesabara, pengorbanan dia selama ni.. “ya Allah, aku percaya Engkaulah yang Maha Berkuasa dan Engkaulah jua yang Maha Menyembuhkan.. sembuhkanlah ibu yang tercinta..” . Ana tetap yakin yang pertolonga Allah akan datang dan ibu akan sembuh.. yakin sangat-sangat!

Ibu mesti boleh! Ibu mesti kuat…! Ibu mesti sabar dan percaya yang ibu akan sembuh…! Ibu kena banyak ingat Allah dan berdoa.. Moga kata-kata semangat ini terus kuat untuk disampaikan pada dia… dan dia semangat.

Ana juga tak perlu mengalah dengan ujian imtihan. Kalau ibu yang lemah boleh lawan, masakan ana yang sihat wal afiat ini tidak lebih berjuang bersungguh-sungguh? Benar. Ana kena bawa kejayaan untuk ibu tercinta.. ya Allah permudahkan urusan kami semua untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat jua meraih reda ibubapa.. aamiin.. Allahu Akhbar!

Jadikanlah kami semua anak-anak yang soleh-solehah yang mampu membalas jasa mereka.. yang mampu bersabar menjadi anak yang taat dan mampu membawa kegembiraan buatnya.. "faiza azam fa tawakkal 'alallah.."


"Dia" adalah ibu ana tercinta yang telah banyak berkorban buat kami anak2nya,moga cepat sembuh izin-Nya.amin..senyum tau!

*Azam di tahun baru ini untuk menjadi anak yang terbaik buatnya, mampu melayan sehabis baik kehendaknya, moga dijauhi segala sifat buruk.. Jauhi dari putus asa dengan Ujian Tuhan, jauhi dari sifat-sifat kederhakaan sorang anak pada ummi yang di bawah telapaknya syurgaku... Perkenankalah ya ALLAH..

~sesungguhnya Allah Maha Mengetahui hati hamba-hamba-Nya dan tahap ujian-Nya yang mampu dipikul~

~ perkongsian yg lain~