~Yang Budiman~

Jumaat, 30 April 2010

kata2 terakhirku.... selamat tinggal UDM

Bismillahirrahmanirrahim….
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ALLAH Tuhan yang satu yang perlu disembah dan ditaati sekalian makhlukNya. Maha suci ALLAH dari segala sifat kekurangan. Maha Agung ALLAH dengan kebesaranNya yang tak terhitung kekuasaanNya. Mulakanlah dengan mengingatiNya, memujiNya.

Pada 27 hb april 2010, maka berakhirlah peperiksaan bagi semester 6 bagi kos ana. Alhamdulillah semua berjalan lancar, terima kasih ya ALLAH permudahkan urusanku. Dan nampaknya sudah masa diri ini meniggalkan bumi UDM kampus ( KUSZA ) ni.
Pada 28 hb, majlis terakhir bersama rakan2 kelas amat memilukan hati walaupun sukar dizahirkan. Ucapan terakhir dari sahabat- sahabiah, salam ukhwah terakhir menjadi memori…. Wahai sahabatku, ana minta maaf segala kekhilafan yang tak disengajakan, fitrah manusia yang tak sempurna pasti ada kesilapan. Halalkan makan minum yang pernah ana nikmati bersama, dan segala hal yang janganlah sampai dituntut di akhirat kelak. Mohon sangat2…….

Pada 29 hb, ana dan rakan2 sibuk menguruskan hal yang belum diusruskan. Segala persiapan terakhir sebelum berangkat pulang. Menguruskan borang hutang, borang transkrip yang amat memenatkan. Kami seolah2 menjelajah UDM buat kali terakhir. Dari pejabat bendahari, ke pejabat akademik, terus ke perpustakaan untuk pengesahan. Masa ni ada sahabat ana tidak berpuas hati dengan pengurusan di situ. Kami diminta membayar semua hutang kelewatan pulang dan sebagainya. Alahamdulillah ana Cuma kena RM 0.70 je. Tapi sahabat ana yang seingatnya semua buku telah dihantar dikatakan belum menghantar satu buku, dikenakan RM 4 lebih. Dengan hati yang kecewa terpaksa dilangsaikan.

Kemudian terus ke pejabat asrama baru untuk pengesahan seterusnya dan kembali ke pejabat bendahari dan pejabat akademik untuk penyerahan borang. Alhamdulillah segalanya sudah selesai, kaki yang penat menapak terus berehat di bilik. Tapi sampai je dalam bilik ku lihat barang2 yang belum seap dikemaskan dan banyak, entah bagaimana perlu di bawa pulang. Ana terpaksa megepos hanya satu kotak yang mampu untuk bajet duet.

Terkenang sahabat2 yang masing2 keluarga datang menjemput, bestnyer… ana terpaksa balik naik bas yang telah menjadi kebiasaanku. Sapa yang ingin menjemput, saudara2 ku sibuk dan tiada siapa yang boleh. Alhamdulillah ada sahabat yang sudi untuk menumpangkan beg bagasi ana yang begitu besar, terima kasih. Kesusahan ini bagiku sudah lali dengan hidupku tanpa ayah sejak usiaku 2 bulan lagi. Kemana2 tempat kadang2 terpaksa ku tuju sendiri.

Tapi bila tahu masalah2 sahabat lain rupanya lagi berat dariku. Ada yang belum hantar tesis, tesis ditolak musyrif, kena marah, ada yang baru nak seapkan tesis, musyrif tegas dan sebagainya…ana bersyukur kerana tesis telah dihantar dan diterima. Fuh, jenuh jugak siapkan. Moga keputusan memuaskan. Tajuk “ khauf wa raja’ I’ndal sufi” yang disarankan oleh Dr.Manam menjadi banyak pengajaran dalam diri ini, yang mana sifat hamba yang perlu ada terhadap ALLAH.

30 hb, hari ini ana akan berangkat pulang ke kampung yang dirindui…tak sabar menatap ibunda yang dicintai, dialah ayah dan ibuku….pengorbanannya tak terkira memelihara kami. Ya ALLAH panjanglah umurnya untuk ku balas jasanya, rahmatilah ibu dunia akhirat…sepanjang masa yang ada ni akan ku baktikan pada mu.. di rumah tak sabar menanti kelahiran anak buahku yang ke tiga. Mungkin tugasku untuk menjaganya nanti sebelum dipanggil mana2 tawaran. Dan mungkin hari2 yang berikutnya ana terpaksa tempuh penuh debar, untuk sesuatu kepastian…apa ya?? Ya,hala tujuku selepas ini. Bagaimana? Ya ALLAH, ku harapkan yang baik2… yang dapat meningkatkan tahap cinta padaMu, bukan yang jauh dariMu,perkenankanlah….amin.

Pada sahabat2 sekalian, kuatkan semangat dalam segala hal. Jangan pernah lupakan tujuan kita hidup di dunia fana ni, kita punya misi seterusnya. Di mana akan dinilai di alam abadi…. Moga kita dapat bersua kembali, penuh dengan kemenangan hakiki…
Jangan pernah lupa Dia ALLAH bersamamu. Ingatilah Dia dalam segala halmu, jagalah haknya, lakukan segalanya keranaNya, kerana kasih dan cinta kita yang teramat2 padanya…dengan ilmu yang dipelajari tentangNya bagi memantapkan lagi aqidah pegangan dan prinsip kita. Pasti dirimu kan tenang bahagia….buat diriku yang dhaif juga. InsyaALLAH… amin.JUMPA LAGI.....

Wassalam (,”)

~ perkongsian yg lain~