~Yang Budiman~

Jumaat, 8 Oktober 2010

Merenung.. dan Berusaha? ya Allah... :(

Dengan nama Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang….

Setiap perbuatan makhlukNya, qada’ dan qadarNya adalah ketentuan rahsia ALLAH yg Maha Bijaksana dan penuh hikmah. Dengan kudrat anugerahNYA, menggerakkan hati ini untuk melakarkan kata hati sebagai peringatan kekuatan diri.

Setiap sesuatu yg dilakukan mesti ada tujuan. Begitulah diriku yang baru mula mengisi kesempatan masa kekosongan dengan bloger ni. Kalau dulu ku hanya melayari blog-blog sahabat yang penuh taladan, laman-laman web pengisian rohani buat tarbiah diri,buatku berkeinginan untuk turut serta dalam pengisian bloger ni.

 Ini kerana ada banyak manfaat yang ku perolehi. Kalau boleh, biarlah ku lakarkan kata-kata dari hatiku sendiri. Bukanlah bermakna diri ini banyak yang ingin dikongsi, tetapi tujuan sebenar ku adalah untuk mentarbiahkan diriku sendiri. Inginku menguatkan kata hati ni agar sentiasa berazam, berusaha bukan untuk cakap sia-sia melekakan. Kerana bila kita sendiri yang berkata, akan terdorong pada diri kita sendiri apa yang dikata.

kata-kata, “ rugi orang yang jahil ( tak tahu ) , rugi pula orang yang dah tahu tapi tak nak amalkan, lagi rugi orang yang dah amalkan tak nak sebarkan pada yang lain, tapi amatlah rugi kalau yang sebarkan tapi tidak IKHLAS”

KATA2 ini menunjukkan betapa pentingnya kita menuntut ilmu, agar kita menjadi orang yang berpengatahuan memandu jalan yang benar daripada kita tidak tahu dan tersalah langkah yang menyesatkan. Justeru, perlulah mengamalkannya kalau dah tahu. Sebab ia amatlah berguna untuk melakukan perkara yang betul dan hindar perkara yang tidak baik. Kalau betul-betul dah faham, ianya benar dan baik setelah dipraktikkan,maka eloklah dikongsi pada yang lain…. Bukan perkongsian dipandang secara zahir seperti mengajar je..tapi sebenarnya secara tak langsung kita boleh menyebarkan kefahaman kita terhadap sesuatu perkara.

Bila kita dulu menggunakan ilmu yang dipelajari, mula pada diri kita segala kebaikkan, maka akan menjadi cotoh pada yang lain. Orang yang berilmu, akan terzahir dengan kelakuannya dan sedikit sebanyak dapat mempengaruhi orang yang tahu menilainya. Selain itu juga penyebaran ilmu secara tak langsung juga berlaku bila ada yang minta tunjuk ajar, minta pendapat dan kadangkala bila ada usaha tegur-menegur. Yang salah kita tegur, dan yang benar kita katakan… itulah sebaik-baiknya, janganlah kita menyombongkan diri bila ada yang minta ditunjukkan, dan membiarkan mereka yang terumbang-ambing tanpa penyelesaian malah dibiarkan kesesatan. Adakah kita ingin jadi seperti syaitan yang bisu di akhirat kelak? Tapi dalam peringkat ini, akan dikhuatiri penyakit hati yang tidak sedari lahir merosakkan amal.


Dalam hadis, “ di badan manusia ada sebeku darah, kalau baik padanya, baiklah segala-galanya” apa itu? Adalah seketul darah bernama hati. Ya dalam hadis 40 juga ada menguatkan betapa pentingnya niat itu untuk segala amalnya. Jika tersalah niat tujuannya maka itulah yang akan dapat apa yang diniatkan. Jika ianya memikirkan balasan di dunia bukan kerana Tuhannya dan akhirat, maka balasan di dunialah akan peroleh tidak berterusan di akhirat. Dan yang lebih padah boleh menyumbangkan pada “ al-jahannam” neraka ALLAH, nau’zubillahi min zalik… perbincangan ini adalah lebih mendalam huraiannya oleh ulama-ulama yang diredhai ALLAH, yang tidak berani diri ini mengatakannya. Moga diri ini dijauhi kata-kata yang salah dan membinasakan. Sesungguhnya ku bertaubat dan mohon petunjuk.

Oleh itu,sifat ikhlas amatlah penting pada segala amalan. Ikhlas itu yang ku faham adalah melakukan sesuatu atas kemahuan dirinya sendiri tanpa meminta sumbangan ganjaran mahupun sanjungan orang lain dan yang lebih baik adalah semata kerana ALLAH. Maka disitu akan membezakan adat dengan ibadat. Bila niat lakukan kerana ALLAH automatik peroleh ganjaran pahala di sisi Tuhan. Kan indah ajaran Islam tu.

Tapi ramai yang tak sedar dan kadang kala hatiku sendiri tersasar niatnya. Kerana kita manusia biasa yang bukanlah sempurna mengetahui segala kebaikkan di sisi Tuhan. Kita menganggapnya adalah benar dan diredhai ALLAH tapi hakikat sebenarnya adalah sebaliknya. Itulah yang paling ku takuti diri umat akhir zaman ni. Megah berkata-kata palsu tak sedar akan dipersoalkan di mahkamah ALLAH nanti.

Ya ALLAH, berilah diriku dan seluruh hambaMu petunjuk jalan kebenaran mencari redaMu…amin. Jadi berjagalah walaupun punyai semangat membantu agama ALLAH, beringatlah akan tanggungjawab diri yang perlu diutamakan. Di sini fiqh aulawiat perlu difahami yang cubaku pelajari. Jangan terlalu taksub dalam bermujahadah,kelak memakan diri terus menghilang diri,cukup sederhana asalkan mampu berterusan dan usaha seterusnya.

Oleh sebab ini jugalah ku dapati yang tahu akibat buruknya salah niat tu tidak mampu untuk terlibat pada jalan tarbiah ni. Takut dikhuatiri lari dari keikhlasan tu maka mengambil jalan mudah untuk mendiamkan diri menjaga nafsi. Emm sebenarnya diriku sendiri tidak tahu ketepatannya. Memang benar rasa ketidakmampuan sering dibisikkan di hati.

Tapi ingatlah kita janji ALLAH pada surah baqarah yang bermaksud “ tidak aku bebankan hambaku dengan bebanan yang tak sanggup dipikulnya” sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui hikmahnya. Dalam ayat 40 surah baqarah Allah mengatakan “ aku jadikan manusia di bumi sebagai khalifah” tapi para malaikat khuatir sifat manusia yang sering melakukan kebinasaan tidak mampu mentadbir dengan baik telah dijawab Tuhan, “ sesungguhnya aku lebih mengetahui” tidak mahukah kita merenung hikmah Tuhan menjadikan kita? Adakah ingin mensia-siakan kejadian kita? Adakah kita khuatiri lagi tidak mampu dalam bermujahadah sedangkan Tuhan sentiasa bersama .

Itulah hikmah Tuhan jadikan yang tahu untuk membimbing yang tidak tahu. Cuba bayangkan jika para malaikat yang sentiasa taat pada Allah mentadbir bumi. Sudah tentu suasana kehidupan di dunia sibuk dengan urusan akhiratnya, maka dunia tidaklah menjadi fitnah pada hambanya. Ketahuilah semuanya pasti ditimpa ujian kerana dalam surah baqarah juga ada mengatakan “ tidaklah dikatakan orang yang beriman selagi ianya belum diuji” dan alim ulama mengatakan sesungguhnya tahap iman seseorang semakin tinggi apabila ia sabar diuji dan berjaya menempuh ujian demi ujian.

 
Itulah tanda kasih ALLAH pada kita diuji untuk mengalih perhatian kita agar mengingatiNya tidak dibiarkan leka. Jadi, wahai diri janganlah berputus asa pada kesukaran dan segala rintangan yang memenatkan, tapi tafakkurlah dengan kebijaksanaanNya mengatur penuh hikmah. Sentiasalah minta petunjukkNya agar diberi kekuatan kerana tidak tahu akhir natijahnya kelak sama ada terus thabat di jalan- Nya atau sebaliknya. Oleh itu mohonlah pada Allah Tuhan yang menentukan, jangan pernah lupakan Dia di segenap waktu.


Berdolah mengadu padaNya, jadikan ALLAH dan Rasul sebagai kekuatan,jangan pernah menganggap bersendirian kerana diri sendiri adalah permulaan. Biarlah seorang dan sedikit dalam fikrah Ilahi asalkan istiqamah di jalanNya. Insya Allah, amin.

Wallahu a’lam.

~ perkongsian yg lain~