~Yang Budiman~

Ahad, 13 Februari 2011

MATLAMAT DAN HALA TUJU



Dengan nama Allah… tuhan penciptaku, darinya diri datang dan kepada-Nya jua dikembalikan….

Diri ingin merenung lagi… walau setiap kali, tapi tidak dapat menguatkannya selalu di blog ini. Kali ini ingin perkuatkan lagi….

Allah berfirman , “Aku jadikan manusia dimuka bumi ini sebagai khalifah”

Khalifah, iaitu pemimpin, yang mentadbir bumi. Jadi hendaklah kita tunaikan tanggungjawab tersebut sebaiknya.

Mengenai matlamat dan hala tuju, setiap manusia perlu merancang dan memikirkannya. Tanpa matlamat, tidak akan tahu arah.

Terlebih dahulu, haruslah melihat tanggungjawab yang ada. Diri sebagai apa?

1- Sebagai hamba kepada Allah, bagaimana?

2- Sebagai anak kepada ibu bapa, bagaimana?

3-Sebagai pelajar, bagaimana?

4-Sebagai pekerja, bagaimana?

Dan seterusnya… fikirlah masa depan diri selepas itu bagaimana. Mahu jadi apa, buat apa?

Setiap keinginan, haruslah sebabnya kerana Allah. Maka di situ akan hasilnya “ibadah” untuk mendapat pahala, dan diredhai Allah.

1) Sebagai hamba pada ALLAH:

Hendaklah taat dengan segala suruhan dan larangan-Nya. Jadikan diri sebagai hamba yang terbaik kepada-Nya. Berusaha bersungguh-sungguh. Kerana akhirnya adalah penilaian di akhirat yang kekal abadi. Sehingga sampai ke syurga, dan impikan syurga yang tertinggi, iaitu syurga Firdausi. Mesti minta selalu petunjukk-Nya…kerana diri umat akhir zaman terlalu bayak mihnahnya, kerana khuatir diri pula yang jauh dari-Nya.

2) Sebagai anak kepada ibu bapa

Ibu yang telah mangandungkan, melahirkan, membesarkan diri sehingga kini. Betapa susah payahnya mereka menyara diri. Mereka menginginkan yang terbaik buat anak2. Jadi diri sebagai anak juga hendaklah buat terbaik kepada mereka. Dalam hidup mesti ada impian dan cita2 untuk membalas jasa mereka yang tidak terhingga. Kerana mungkin diri juga akan jadi sebagai ibu bapa, turut mahukan anak yang soleh-solehah. Jadi terlebih dahulu diri yang perlu menjadi anak soleh. Kerana perkitaran hidup, akan kembali kepada hokum karma. Apa yang diri buat kepada mereka akan dapat kembali pada diri jua.

3) Sebagai pelajar

Jika masih belajar, tumpulah sepenuhnya dan haruslah bersungguh2. Apa yang mahu dari ilmu yang dipelajari? Mesti ada tujuan mempelajarinya. Adakah hanya sia2 tanpa digunakan. Mungkin diri mahu mempraktikkan, berguna sebagai kerjaya nanti, untuk pengetahuan yang dapat membantu bila memerlukan. Jadi, haruslah berjuang betul dalam menuntut. Diri mahu berjaya, harus berusaha. Tidak boleh sambil lewa. Kerana itu adalah matlamat. Letaklah matlamat yang tertinggi iaitu “ aku ingin jadi nombor satu, aku ingin dapat semua A”. dengan semangat yang berkobar2 akan lebih memotivsikan diri. Akan sentiasa tidak membuang masa dengan merebut peluang belajar.

4) Sebagai pekerja

Jika telah berkerja, tumpulah sebaik mungkin kerjaya diri. Mestilah diniatkan kerana Allah. “aku berkerja kerana mahukan pendapatan, ingin membantu keluarga, orang ramai, untuk beribadah”. Niat yang suci, akan dipermudahkan oleh Allah. Setiap kesukaran dalam perkerjaan adalah sebagai ujian-Nya, kerana mahu berjaya banyak cabarannya. Kekuatan diri perlu diperkuatkan. Rasakan diri sentiasa bersama Tuhan yang selalu membantu.

Selain itu, mahu mencipta keluarga sendiri yang begitu indah….

Indah dengan acuan al-Quran, ajaran Islam yang begitu sempurna. Kerana dari keluarga akan melahirkan masyarakat seterusnya. Tentulah yang diimpikan mahu yang terbaik.. cemburu dengan rumahtangga Rasulullah, jadi perlu ada keinginan untuk mencontohi baginda dan isteri2nya. Hidup mahu dengan segala sunnah Rasulullah, segala aktiviti harian diri mesti mengikut cara baginda.

Diri mahukan pasangan yang baik2, oleh itu… mestilah melihat kepada diri dahulu, bila diri mahu yang terbaik, jadi terlebih dahulu diri yang menjadi terbaik. Jika mahukan suami yang soleh, maka haruslah diri menjadi isteri yang solehah. Mulakan dari sekarang, mempelajari untuk menjadi yang terbaik, azam dan perbaiki kekurangan…setiap kali apa yang diri inginkan terhadap pasangan, begitu jua pasangan diri ingin yang sama… mahukan yang kuat amal, yang beriman, yang cintakan agama, yang mengutamakan Allah, yang selalu memikirkan akhirat, yang baik terhadap semua…yang mampu memimpin sebagai khalifah dengan tanggungjawab yang dipikul…semua itu terlebih dahulu diri yang perlu dipersiapkan.

Allah berfirman “ sesungguhnya aku menciptakan mereka berpasangan, dari jenis yang sama agar mereka selalu cenderung”

Janganlah khuatiri siapa pasangan, dan bagaimana dia, Jika diri telah yakin diri mampu memberi yang terbaik padanya. Jangan memandang pada kekurangan, kerana diri mesti yakin mengubahnya. Tetapi hendaklah dengan cara yang betul…

Kesimpulannya, setiap apa yang ingin diri kecapi hendaklah berdasarkan ALLAH kerana Dialah diri laksanakan… kerana akhirnya diri akan menghadapnya, dan akan dihisab segala perlaksanaan tanggjawab tersebut….

Itulah impian, cita2, matlamat yang tertinggi….iaitu ingin mendapat reda Allah, untuk berjaya di dunia dan akhirat yang kekal abadi, kerana diri tidak mahu menimpa malang di kedua2 alam ini, tidak mahu jadi yang rugi, tidak mahu diseksa, diazab. Mahu disayangi Allah…seperti kekasih2-Nya. Baiklah! mari diri berazam bersungguh !... tiada yang mustahil jika diri mampu… inshaallah tawakallah selalu pada Allah, jangan putus2 meminta pada-Nya..untuk jadi yang terbaik,amin =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~ perkongsian yg lain~