~Yang Budiman~

Isnin, 26 Mac 2012

Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu AbduLlah Al Banjari


Sedikit sebanyak ana mengambil biografinya di blog ini:


http://pondokhabib.wordpress.com/2009/09/23/biografi-sheikh-muhammad-nuruddin-marbu-abdullah-al-banjari/

Penulis : Ustaz Abu Zahrah


BIOGRAFI RINGKAS AL-FADHIL AL-WALID SHEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU ABDULLAH AL-BANJARI AL-MAKKI


al-Fadhil Tuan Guru Syaikh Muhammad Nuruddin bin Haji Marbu bin Abdullah Thayyib حفظه الله berasal dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan Indonesia. Beliau dilahirkan di sebuah desa bernama Harus, Amuntai pada tanggal 1 September 1960M. Beliau anak yang ketiga dari tujuh bersaudara, dari sebuah keluarga yang taat beragama. Bonda beliau bernama Hajjah Rahmah binti Haji Muhammad Sobri adalah puteri dari seorang tokoh ulama besar di Kalimantan Selatan.


Berhijrah ke Tanah Suci Makkah


Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah rendah di kampung Harus. Kemudian pada tahun 1974 beliau belajar di pondok pesantren Normal Islam. Belum pun sempat menamatkan pengajiannya di pondok tersebut seluruh keluarga beliau telah berhijrah ke tanah suci Makkah. Pada tahun itu juga (1974) beliau meneruskan pengajiannya di madrasah Shaulathiah [sejarah penubuhan madrasah ini boleh didapati disini] sehingga tahun 1982. Selain itu beliau juga mengikuti pengajian yang diadakan umum di Masjidiharam dan juga dirumah para masyaikh.


Pada tahun 1982 beliau telah menamatkan pengajiannya dengan kepujian mumtaz (cemerlang) di madrasah Shaulathiah. Di samping itu juga beliau turut mencurahkan ilmunya kepada para pelajar dari Indonesia. Beliau telah mengajarkan kitab Qatrunnada, Fathul Mu’in, ‘Umdatussalik, Bidayatul Hidayah dan lain-lain sebelum naik ke kelas ‘Aliyah.


Beliau merupakan murid kesayangan gurunya asy-Syaikh al-‘Allamah Ismail Utsman Zain al-Yamani رحمه الله . Dan guru inilah yang banyak mewarnai dalam kehidupan beliau. Tuan guru beliau ini banyak meluangkan waktunya yang berharga untuk beliau dan sering mengajaknya untuk menemani Tuanguru beliau ke Madinah menghadiri program agama dan juga menziarahi maqam baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم.


[Ketika aku di Bogor untuk menghadiri pengajian bersama Shaikh Nuruddin, beliau kelihatan agak sebak bila menceritakan guru kesayangannya ini. Matanya merah berair …. ya… mengingati guru kesayangannya ini. Beliau juga menunjuk gambar gurunya yang mulia ini kepada aku …..]


Beliau mencurahkan segala usaha dan tenaganya serta dirinya mendekati para masyaikh untuk berkhidmat dan juga membekali diri dengan ilmu daripada guru-gurunya. Beliau amat gigih dalam belajar, maka tidak hairanlah kalau beliau mendapat tempat di hati para gurunya. Sebut sahaja ulama’ yang ada di Mekah khususnya pasti beliau pernah berguru dengan mereka. Siapa yang tidak mengenali tokoh ulama’ yang harum nama mereka disebut orang semisal Syaikh al-Allamah Hasan al-Masyath yang digelar Syaikh-ul-Ulama’, Syaikh al-Allamah Muhammad Yasin al-Fadani, yang mendapat julukan Syaikhul Hadits wa Musnidud-dunya, Syaikh Ismail Usman Zin al-Yamani yang digelar al-Faqih ad-Darrakah (guru beliau ini menghafal kitab Minhajut Tholibin), Syaikh Abdul Karim Banjar, Syaikh Suhaili al-Anfenani, as-Sayyid Muhammad bin Alwi al-Maliki, Syaikh Said al-Bakistani dan masih banyak lagi. Kata pepatah arab “cakap sahaja tanpa perlu khuatir”. Kitab-kitab yang dipelajari beliau bersambung sanad hingga kepada pengarang, masyaAllah betapa hebat dan beruntungnya umur beliau dan segala-galanya yang diberikan oleh Allah, tidak salah kalau dikatakan ilmu beliau lebih tua dari umurnya.


Pada tahun 1983 beliau telah melanjutkan pengajiannya di Universiti al-Azhar asy-Syarif dalam bidang syariah hingga mendapat gelar sarjana muda. Kemudian beliau meneruskan lagi pengajiannya di Ma’had ‘Ali Liddirasat al Islamiah di Zamalik sehingga memperolehi diploma am “Dirasat ‘Ulya” pada tahun 1990


Antara guru-gurunya ketika belajar di Mekah dan Mesir adalah adalah:-

asy-Syaikh al-‘Allamah Hasan al-Masyath رحمه الله
asy-Syaikh al-‘Allamah Muhammad Yasin al-Fadani رحمه الله,
asy-Syaikh al-‘Allamah Ismail Utsman Zain al-Yamani al-Makki رحمه الله,
asy-Syaikh ‘Abdullah Said al-Lahji رحمه الله,
asy-Syaikh al ‘Alaamah al-Jalil as-Sayyid ‘Amos رحمه الله
asy-Syaikh al-‘Allamah Muhammad ‘Iwadh al-Yamani رحمه الله
asy-Syaikh Zakaria Bila al-Indonesia رحمه الله
asy-Syaikh Muhammad Syibli al-Banjari رحمه الله
asy-Syaikh Karim al-Banjari رحمه الله
asy-Syaikh ‘Abdul Karim al-Bukhari رحمه الله
asy-‘Adnan al-Afnani رحمه الله
asy-Syaikh Saifurrahman رحمه الله
asy-Syaikh Sahili al-Anfanani رحمه الله
asy-Syaikh Said al-Bakistani رحمه الله
asy-Syaikh al-‘Allamah al-Muhaddits al-Kabir Muhammad Zakaria al-Kandahlawi رحمه الله
asy-Syaikh al-Jalil al-Habib ‘Abdul Qadir as-Saggaf حفظه الله
asy-Syaikh Muhammad Muntashir al-Katani al-Maghribi رحمه الله
asy-Syaikh al-‘Allamah al-Muhaddits al-Habib as-Sayyid Muhammad ‘Alawi al-Maliki رحمه الله
asy-Syaikh al-‘allamah Muhammad Makki al-Hind رحمه الله
asy-Syaikh Muhammad Makhluf رحمه الله
asy-Syaikh al-‘allamah ‘Abdullah bin Hamid رحمه الله
asy-Syaikh al-‘Allamah al-Kabir Muhammad Mutawalli asy-Sya’rawi رحمه الله
asy-Syaikh al-Imam al-Akbar ‘ali Jadul Haq رحمه الله
asy-Syaikh Muhammad Zaki Ibrahim رحمه الله
al-Ustaz ad-Doktor asy-Syaikh Muhammad Tayyib an-Najjar رحمه الله
asy-Syaikh al-Jalil ar-Rabbani Muhammad ‘Abdul Wahid رحمه الله
asy-Syaikh al-‘allamah al-Kabir Abul Hasan ‘Ali an-Nadwi رحمه الله
asy-Syaikh al-‘Allamah al-Faqih ‘atiyyah Saqr رحمه الله
asy-Syaikh al-‘Allamah Hussin رحمه الله
asy-Syaikh ‘Abdul Hafidz al-Hind رحمه الله
al-Ustadz ad-Doktor Ahmad umar Hasyim حفظه الله,
al-Ustadz ad-Doktor ‘Abdusshobur Syahin
al-Ustadz ad-Doktor ‘Abdul Fattah asy-Syaikh,
al-Ustadz ad-Doktor Nashr Farid,
asy-Syaikh al-‘Arifbillah Yusuf Mahyuddin al-Hasani asy-Syadhuli ad-Darqawi حفظه الله dan ramai lagi.

MENABUR JASA & MENYANDANG GELAR AZHARUS TSANI


Setelah menamatkan pengajian di Universiti al-Azhar beliau menumpukan perhatiannya untuk mencurahkan ilmunya kepada ribuan para pelajar yang datang dari Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand yang menuntut di Universiti al Azhar sehingga beliau mendapat gelaran al Azharus Tsani (Azhar ke Dua) satu julukan yang terhormat dan tulus dari masyarakat universiti al Azhar sendiri.


Beliau mengadakan kelas pengajian yang diberi nama “Majlis Al-Banjari Littafaqquh Fiddin” semenjak tahun 1987 sehingga 1998 yang mana buat pertama kalinya diadakan di rumah pelajar Johor dan rumah pelajar Pulau Pinang, di dewan rumah Kedah dan di dewan rumah Kelantan dan juga di masjid Jamik al Path di Madinah Nasr. Di samping mengajar beliau juga menghasilkan kitab-kitab agama berbahasa Arab dalam pelbagai bidang yang banyak tersebar luas di Timur Tengah dan juga di negara Malaysia. Boleh dikatakan setiap para pelajar yang belajar di Al-Azhar Mesir semasa beliau berada di sana pernah menimba ilmu dari tokoh ulama’ muda ini. Dan memanglah semenjak dari awal keterlibatannya dalam dunia ta’lim beliau telahpun menazarkan diri beliau untuk terus menjadi khadim (orang yang berkhidmat) untuk penuntut ilmu agama. Semoga Allah Ta’ala mengurniakan kesihatan dan ke’afiaatan kepada beliau serta keluarganya dan memberikan kesempatan yang seluasnya untuk beliau terus mencurahkan ilmu dan terus menghasilkan karya ilmiah.


Perkongsian dari mendengar peringatan beliau


Pertamanya, sheikh menerangkan golongan yang diutamakan. Pertama umara’ (pemimpin), kedua ulama’, ketiga dikalangan atlit dan keempat orang seniman.

Allah akan mengangkat orang-orang yang beriman, tetapi kini mana pengikutnya? Sepatutnya ilmu itu harus didatangi (dicari) bukan menunggu didatangi padanya.

Seperti Imam Malik menegur pemerintah Harun Rasyid yang ingin menuntut ilmu, bukan meminta Imam Malik yang datang tetapi hendaklah berjumpa dengan Imam Malik sendiri.

Bezanya kini, golongan bangsawan diagung-agungkan dihormati lebih dari pemberi ilmu itu sendiri. Contohnya, jika ada VIP maka kerusinya berbeza di tempat khas lagi selesa, sedangkan ulama hanya duduk di bawah.

Perbualan masyarakat dahulu adalah banyak mengenai agama dan amalan. “ bagaimana hafalan kamu?, bagaimana tahajud kamu?”

Nah, tapi hari ini perbualannya yang diminati nafsu sahaja, tentang permainan bola yang lebih banyak dibicarakan.

Sheikh berkata, “ bagaimana tidak cemburui orang yang lebih mengagungkan bola dari ilmu agama?”, kitab tidak dihormati, di bawah-bawah lantai, sedangkan yang menulisnya adalah para guru yang mulia.

Tambah sheikh lagi, “ walaupun tidak sujud pada makhlukNya, tapi hakikatnya telah sujud, kerana kecenderungan yang lebih kuat sehingga mengagung-agungkan perkara tersebut” Jadi usah ditanya kenapa bila solat tidak khusyuk,? Bila zikir hati tidak tenang,?

Gambaran kepada golongan Syiah yang dilaknat kerana telah menghina orang yang mulia, contoh ibadat mereka, tidak sah sembahyang apabila tidak melaknat Saidina Abu Bakar r.a.

Sambung Sheikh lagi, “apabila politik ditinggikan, maka ulama akan dipandang rendah”, penafsirannya adalah kerana jika ulama bertanding jua, mungkin mereka akan dipandang rendah oleh yang lain, malah akan bermusuhan di atas persaingan. Maka dimana pernghormatannya?

Sheikh  menerangkan lagi, orang faqih berbeza dengan orang alim. Seorang yang faqih lebih baik daripada beribu orang yang alim. Kerana orang faqih itu berilmu dan mengamalkan ilmunya, berbanding orang alim yang hanya ada ilmu tapi tidak digunakan.

Sheikh memberikan contoh, jika si anak mendapati ibunya mengadu sakit, si alim mungkin akan menasihatinya, memahaminya dengan menyuruh besabar, manakala si faqih pula akan bertindak membeli ubat untuk ibunya, membawa ibunya ke hospital, menjaga sebaiknya ibunya.

Memang ia memberi kesan pada diri sama ada kini adakah hanya ada ilmu atau dimanfaatkan? Maka pilihlah mahu jadi alim atau faqih?

Diceritakan lagi, didapati muridnya pada seorang gurunya, seorang ulama (tak sempat salin nama ulama) telah bangun dan duduk dan bangun lagi kemudian duduk beberapa kali. Kehairanannya lalu bertanya, kenapa wahai guruku begitu?

Jawab gurunya, “sesungguhnya aku telah melihat anak guruku berada di sana, lalu aku bangun memberi penghormatan, duduk dan seterusnya”

Fahamlah di sini, bahawa golongan terdahulu amat menghormati guru-guru mereka, mereka menjaga sehingga tidak berani melunjurkan kaki ke arah rumah guru mereka sedangkan jarak rumahnya jauh berbatu dari rumah gurunya.

Allahu Akhbar, sungguh tinggi akhlak mereka terdahulu, sukar diamalkan kini. Jika dibezakan sekarang, para pelajar mungkin cuai menjaga adab terhadap guru. Contohnya apabila kuliah tidak bersungguh mendengar, duduk jauh-jauh tidak dihadapan. Peringatan diriku yang selalu lupa  =_=’

Sheikh ketika berceramah sempat menegur ikhwah akhawah, “ana yakin di sisi anda semua terdapat handphone, dan ana yakin handphone itu tidak dimatikan, mungkin hanya disilentkan”

“lihatlah bagaimana hati tidak sepenuh mahu diberikan untuk mendengar majlis ilmu ini, diberi peluang urusan dunia untuk menganggu” mungkin jika handphone itu berbunyi, anda akan menjawabnya, tidak hirau majlis yang sedang berlangsung”. erm.. memang susah untuk menjadi yang sedemikian =_=?

“ lihat, ana baru bersama kalian dalam seketika, tetapi sudah terdapat beberapa ikhwah yang telah keluar majlis, ana yang diberi kesempatan dua jam lebih ini bersama kalian sudah tidak dapat menjaga peluang ini, bagaimana pula guru-guru kamu yang sama bertahun-tahun kamu menghadap?” kami ada urusan sheikh.... ada kuliah.. =_=’

“Nilai agama sekarang sudah lusuh, lihatlah apabila padang bola lebih dihormati daripada masjid, jika mengagungkan sanjung pemain yang memakai seluar pendek, maka di mana tahap keilmuannya?”

Teringat diri dari kata seorang sahabat, beliau kata ianya dari hadis, wallahu ‘alam yang berbunyi; “ permainan bola sepak itu diibaratkan menendang kepala orang-orang Islam”, diumpakan sebegitu kerana agenda Yahudi terhadap manusia untuk mengagungkan sukan supaya leka dan lalai”

Hmm.. bila didapati, para pencinta Islam juga minat bola.. Siap penyokong Arsenal, Macester upss tak tau eja... memanglah dah minat, tapi hendaklah beringat tidak perlu mengagungkannya, jika bangun pagi semata ingin menonton perlawan bola namun tahajud ditinggalkan, adalah kelalaian... moga para bakal imam kelak tidak begitu, aamiin~

Sheikh mengingatkan lagi, “Allah telah berfirman sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan umatnya mengubah nasibnya sendiri”

Contohnya lagi, “lihatlah peperangan Badar, hanya 313 tentera Islam tanpa peralatan yang canggih berbanding tentera musuh beribu-ribu siap kelengkapan yang canggih, namun Allah mendatagkan pertolongan-Nya kerana KETAQWAAN dan KEIMANAN yang tinggi hambanya tika itu”

Dapatlah pengajaran bahawa pertolongan Allah akan datang jika kita juga menjaga urusan-Nya, Dia akan membantu kita, akan menunjukkan jalan, lapang dada, ketenangan, dan segala macam hikmah... jadi, mari kita agungkan Allah s.w.t.. Alhamdulillah, bertambah cinta lagi................

“Ulama waris para Anbiaya” jadikan mereka panduan pula, syafaat orang yang berada di sisinya kelak, aamiin~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~ perkongsian yg lain~