~Yang Budiman~

Rabu, 12 Disember 2012

Falsafah Moden: Diskusi Keenam

Bagaimana Spinoza menghubungkaitkan 'mind' dan 'body' yang dikemukakan oleh Descartes dalam teori Dualismenya?

Maksud kehendak soalan yang saya faham iaitu bagaimana pendapat Spinoza terhadap hubungan minda dan jasad? Lihat kembali kepada pemikiran Descrates, beliau telah mengatakan bahawa minda dan jasad itu berbeza hakikatnya (konsep). 

Diteruskan idea Descrates ini oleh Tokoh Spinoza dengan menerangkan bahawa minda (fikiran/akal) itu ada kaitannya dengan jasad (anggota badan). 

Spinoza mengatakan hukumnya mengikut teori alam, iaitu semulajadinya anggota akan bertindak mengikut arahan akal, iaitu (selari). Contohnya, jika akal berfikir lapar, hendak makan, maka anggota akan berusaha untuk makan (tangan ambil makanan suap kat mulut). 

Mustahil jika anggota badan buat sesuatu tanpa arahan akal, seperti: tidak lapar, tidak mahu makan tapi tiba2 tangan suap makanan pada mulut? Maka, di sini jelas terdapat hubungan minda dan jasad yang berkaitan. (mesti selari niat dan tindakan)

Tambahan lagi, menurut Spinoza, minda ini mempunyai zat yang lebih istimewa dari badan sebab akal itu unik yang mana fikiran itu suatu yang sabjektif (akal manusia lain2/ badan manusia hampir sama). 

Tetapi, tidak semua pengetahuan akal boleh kecapi melainkan dengan bantuan anggota badan. Maknanya dah guna konsep (sensasi=pancaindera), oleh itu hubungan akal dan anggota saling lengkap- melengkapi untuk capai makrifah (menggambarkan seluruh alam), ianya tak boleh dipisahkan.

Walaupun begitu, minda dan jasad ini adalah sifat, yang mana kedua-duanya ini dari zat yang satu. Apa itu zat (substance)? adalah dari Pencipta (Tuhan..) maka mereka mengaitkannya dengan ketuhanan:

Sentuh mengenai teori ketuhanan oleh Descrates, melihat 2 teori iaitu "res cogitans"= Tuhan dengan jiwa manusia dan "res  extensa"= Alam dengan badan manusia. Manakala teori ketuhanan oleh Spinoza mengatakan kedua-dua sifat ini adalah (satu/tunggal) iaitu digabungkan semuanya dari zat yg satu iaitu Tuhan.

Beza di sini, Descrates membincangkan dari bawah mengenai jiwa, manusia, dan barulah jumpa konsep Tuhan.. Manakala Spinoza terus dapat tangkap konsep Tuhan itu iaitu Tuhan berada di mana2.. (All is one) semua adalah dari yg satu (dr Tuhan)= wehdatul wujud. Natura naturans ---> natura naturata. 

Konsep Spinoza seperti ilmu tasauf yang tinggi dimana melihat semua makhluk adalah dari Tuhan.. (yg mencipta). Termasuk juga seperti konsep limpahan al-Farabi. 

*Kagum dengan pemikiran ahli falsafah yg cube mncari hakikat sesuatu..
maaf jika jawapan saya tiada kaitan, mungkin hanya pendapat. Wallahu 'alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~ perkongsian yg lain~