~Yang Budiman~

Jumaat, 22 Jun 2012

kEnAnGaN bErMuJaHaDaH


Alhamdulillah.. Hampir selesai final exam. Tinggal satu paper lagi. Macam tak suka periksa je?  (tiba2 rasa lega). Bukan tak suka.. Tapi rasa masa ini baru nak bertungkus-lumus study.. Astaghfirullah~  =,=

Mengharapkan kejayaan bukan buat diri.. Tetapi pada mereka yang telah memberi harapan untuk berjaya.. Tak sampai hati untuk sambil lewa.. Melukakan hati-hati insan yang telah berjasa…

Apatah lagi jabatanku dikejutkan dengan prestasi pelajar yang kurang memberangsangkan semester lepas. (tak sanggup lihat papan kenyataan sedemikian)  -_-,

Ku bayangkan… Para guru yang telah mendidik.. Pensyarah penuh dedikasi.. Dari sabjek-sabjek yang telah dipelajari, teringat madah (Maharat Istima’ wal Fahmu): takpe kita mesti kuat usaha ye, kita cuba…” kata ustazah yang lembut memberi semangat dengan tugasan yang banyak.. Yang amat memahami pelajarnya. Bersungguh menerangkan petikan video Arab, mengajar nahu Bahasa Arab.. Siap belanja kami makan lagi. Moga ustazah murah rezki..^_^

Madah (Logik dan Pemikiran Kritis). Satu madah yang mulanya sukar untuk difahami.. Apakah itu logik? Pemikiran kritis? Kenapa diasingkan pembelajarannya?

Owh, logik macam mantik rupanya. Teringat dahulu sabjek ini susah untuk discore di pengajian dahulu. Tapi kali ini tidak mahu biarkan ketidakfahaman bermaharaja lela.. Ustaz mengajar cuba sedaya upaya untuk memahamkan kami.. hu Kelakar bila usaha untuk memahamkannya.. “err… ustaz macam mana boleh jadi macamtu? Kena ingat semua formula ni ke?” soal pelajar yang bertalu-talu pada ustaz. (teringat ustaz boleh gelak dengan persoalan kami) ;)

Yang terharu ustaz sanggup buat kelas tambahan untuk kami lagi. Dah macam alam persekolahan daa.. Lusa nak exam, ustaz luangkan masa untuk memahamkan kami lagi. Bersama-sama sahabat. Berulang-ulang kali ustaz terangkan pada kami benda yang sama.. Syakal, qias, bila dah dapat faham rasa tenang.. ^_^ tak faham memang serabut. *_#

Pemikiran kritis, ustaz cuba beri contoh yang relevan. Teori-teori, Falasi Quasi, jenuh juga untuk faham teori-teori ni.. 

Terfikir, apakah manfaat dari ilmu ni? Mengajar untuk kita berfikir logik (masuk akal) dan kritis (menggunakan akal untuk menilai sebaiknya). Satu pembelajaran yang berguna jika diamalkan.

Madah (Falsafah Agama). Sesuatu yang diminati juga untuk dibelajar, tapi.. Kalau untuk exam? Satu yang mencabar.. Apabila ustazah tidak memberitahu mana-mana tajuk yang akan masuk.. “kamu baca je semua…” uish satu buku, 10 bab yang perlu dihadamkan? Allah permudahkanlah kami berjuang nanti.. Tawakal.

Mesej sahabat untuk bertanya yang mana harus ditekankan, tak kurang yang bertanya kembali. Pertolongan sahabat-sahabat  yang berkongsi pendapat, contoh-contoh soalan. Terpamer keprihatinan sahabat-sahabat yang sudi membantu.. Moga Allah permudahkan urusan kalian pula…

Sebenarnya ia bukan setakat ujian, tetapi akan memberi kenangan dimana usaha untuk mengingati teori-teori tersebut. Berbeza yang diminta untuk hafal semua dengan yang telah diberitahu.. Kami akan disupprisekan dengan soalan yang tidak diketahui. (satu kejutan) ^_^

Madah (Kepimpinan Pengurusan Islam). Pensyarah telah memberitahu awal-awal tajuk yang perlu ditekankan. Siap email lagi kami, dan doakan kami. Malah ustaz pula yang memohon maaf dari pelajar.. Sungguh keprihatinan Ustaz dengan merendahkan diri memberi  tanggungjawabnya pada pelajarnya. Ya Allah, Rahmatilah guru-guruku ini.. Aamiin~

Suka dengan tajuk kepimpinan, mengajarku kedudukan seorang pemimpin Islam yang bagaimana seharusnya.. Tanggungjawab pemimpin, hak-hak pemimpin.. Sungguh tinggi amanah yang perlu dipikul.. Tetapi tidak mustahil jika mengikut lunas-lunas syarak. Jadi, semua mampu untuk menjadi pemimpin sebenarnya.. Usah merasa beban andai usaha kerana Allah.. Tanamkan kembali semangatmu.. Iyeaah..!

Sentuh sikit bab kepimpinan Islam ni, ajaran Islam sendiri telah menetapkan cirri-ciri pemimpin yang bagaimana..  Antaranya:

*    Memelihara Agama Islam dari dicemari (akidah umat Islam)
* Melaksanakan Hukum Allah atau Perundangan Islam (Hudud, Qazaf dan Ta’zir)
* Menguruskan Baitulamal sebaiknya (hasil zakat)
4  *  Menjadi contoh tauladan dengan sifat2 terpuji (bertaqwa)
* Menyampaikan Dakwah Islamiyyah (berdakwah pada orang Islam/ bukan Islam)

Jadi, kita juga perlu bijak memilih pemimpin dengan cirri-ciri tersebut. Agar tidak dipersoalkan di akhirat kelak jika tersalah pilih. Bukan dengan membiarkan masyarakat yang tidak berkhlak, maksiat yang berleluasa.. Ditutupi dengan kemewahan yang diberikan tanda mengambil keprihatinan kepada pengikutnya.. Ini adalah pemimpin jenis BENEVOLENT AUTOKRAT yang boleh nampak seperti bertimbangrasa, prihatin,  tetapi sebenarnya bersifat kuku besi… Menindas rakyat dari dalam.. Ya Allah berilah petunjuk kepada kami, kepada pemimpin-pemimpin kami kelak~

Opss, macam dah lari tajuk.. Tapi hanya perkongsian sedikit. Ilmu untuk diamal, bukan di atas kertas jawapan semata.. (berazamlah kita akan memperingati ilmu yang telah dipelajari, dengan mempraktikkannya) Insya Allah.

Nampaknya sesi pembelajaran semester ini kian melabuhkan tirainya.. Menyingkap satu tahun lagi yang perlu ditempuh.. Rasa cepat masa berlalu.. Bagai tidak dirasa ilmu yang masih sedikit.. Moga tahun hadapan akan menghasilkan kenangan peperiksaan lagi yang bakal menjadi memori.. ^_^

"Ya Allah jadikanlah perjuangan ini kerana Agama-Mu, kerana guru-guruku, dan orang-orang yang telah memberi harapan.. Andai Kau gagalkan usahaku ini, bagaimana harus ku perjuangkan niatku ini…. Faiza azamta fatawakkal ‘alallah.."

Menuntut ilmu perlu pengorbanan, walau tak suka peperiksaan anggaplah ianya ujian Tuhan.. Bukan Peperiksaan untuk menguji kepandaian, tetapi hari lain yang biasa-biasa tidak tahu tak belajar? Jadi usah menganggap peperiksaan satu yang membebankan..

Memang diuji terasa tertekan, kesihatan tidak baik dan segala rasa semasa peperiksaan.. Kerana kefahaman Ilmu itu perlu pengorbanan diuji.. Bersabarlah.
Rasulullah bersabda: "siapa yang bertambah ilmunya sedangkan hidayahnya (amalannya) tidak bertambah, maka ia hanya bertambah jauh daripada rahmat Allah"
(Hadis riwayat Abu Mansor ad Dilami dalam Musnad aL-Firdaus dengan sanad yang dhaif. Al-Ihya 1/95)
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~ perkongsian yg lain~