Ana hanya
menyampaikan ceramah daripada ustaz Azhar Idrus. Kerana pesan beliau,
sampaikanlah majlis ilmu ini kepada mereka yang lain.. Wallahu ‘alam.
Kitab Anak
Kunci Syurga
Percaya Mukjizat dan karamah kedua-duanya dari
Allah s.w.t. Ianya
kelainan dari kebiasaan. Imam-imam lain juga Allah bagi karamah, sebab boleh
hafal hadis beribu-ribu. Karamah bukan hanya pada ahli sufi, tapi boleh pada
siapa-siapa yang amalannya luar biasa…
Jangan
anggap bila dah tinggi ilmu boleh tanding yang lain.. Melebihi orang yang telah
dianugerah karamah, tapi sikap tiada wara’ tiada zuhud?
Berdoalah :
“Ya Allah, berilahku ilmu yang berguna, dan aku berlindung dengan ilmu yang
tiada manfaat”
Janganlah
rasa seperti banyak ilmu, tetapi sebenarnya ia JAHIL.
Lihat Sheikh Idris Al-Marbawi
belajar di Mesir bertalaqqi bersama ulama-ulama Mesir selama 59 tahun, dipanggil balik ke Malaysia agar Kerajaan
merasa di Malaysia nanti akan berbangga mempunyai ulama kelulusan Mesir di
‘itiraf ulama.
Sheikh
Idris al-Marbawi telah dijemput ke PutraJaya agar beliau menyampaikan sedikit
ilmunya. Sheikh datang dan naik ke pentas dan berkata: “ Assalamualaikum,
sesungguhnya aku ini tiada banyak ilmunya” lalu beliau terus turun pentas dan
pulang. Ini menunjukkan sikap merendah diri dan tawadu’nya beliau.
Lihatlah
Ibnu Hajar al-Asqolani menadah pelbagai kitab, malah berpuluh-puluh jilid hasil
tulisan kitabnya. Allah akan memberi kepada orang yang beriman, yang bersungguh
beramal dengan akhirat, yang bersungguh-sungguh menjadi hamba kepada ilmu.
Lihat kitab
al-Muatta’ sahingga sekarang kita
menggunakannya (menunjukkan ketinggian ilmu ulama dahulu). “sesungguhnya orang yang merendahkan dirinya
adalah orang yang disukai Allah s.w.t”. Janganlah seperti hebat sangat sehingga
pertikaikan mazhab-mazhab ulama.
Mukjizat
pada Rasul dan Nabi adalah orang terpilih. Nabi Muhammadlah mukjizat yang
paling banyak, sehingga boleh dihimpunkan banyak kitab tentang mukjizat Nabi.
Jadi mengapa perlu ikut, melebihkan pemimpin yang tiada mukjizat dari mengikut
Nabi?
Mukjizat
paling besar adalah Al-Quran. Quran paling hebat dari segalanya. Orang yang
belajar tinggi-tinggi sehingga ph.D di
planet Pluto sekalipun tetapi ilmu agamanya tiada maka tetap rugi TIDAK
cemerlang terbilang dan gemilang, selamanya now, today, yesterday, tomorrow and
forever… ;)
Bila nak
Nisfiu Sya’ban baru cari Quran…. Bila cari surah tak reti.. Tapi bila sebut
kereta boleh pula.. kereta “wajjaa….” Macam tajwid? “Bacalah sekurang-kurangnya sehelai sehari..”
Lihat Saidina Uthman r.a solat dua rakaat di dalam Ka’bah, rakaat pertama habis 15 juzu’
rakaat kedua habis 15 juzu’, satu solat khatam al-Quran. Tapi kita tak boleh
tiru. Jangan tiru.
Sabda
Rasulullah s.a.w : “sesiapa baca al-Quran, sehari semalam 50 ayat, sudah tak
terkira oleh dunia dan akhirat”.
Orang
sekarang suka bace surat khabar dari al-Quran. Memanglah al-Quran takde result
EURO… sanggup tu cari news paper tak jumpe di kedai ni ke kedai yang lain.. Tapi Quran tak pula… Nanti dalam
qubur akan ditanya.. siapa IMAMmu..? akan jawab Quran Imamku.. tapi kalau tak baca Quran tanya siapa imammu..
takkan nak jawab Sinar Harian Imamku…? ;)
Oleh tu,
perlulah fahami Quran.. Belajar tajwid, belilah kitab Tafsir, ambil tahu
Balaghah, Nahu, Saraf yang ada dalam Quran..
Mukjizat
Nabi dengan peristiwa Israk Mikraj (Nabi dibawa naik ke langit). Allah
memperjalankan Nabi dengan roh dan jasad, bukan roh saja.
Di dalam
Quran Allah terang, dengan menggunakan perkataan SUBHANALLAH. Sebab membawa
maksud Maha Suci Allah dari segala kekurangan. Adalah untuk menolak orang yang
tidak mahu beriman dengan peristiwa ini, tidak mahu mengaku , pada orang yang
menganggapnya pelik dan mustahil.
Sebab
itulah disuruh untuk bertakbir di dalam solat, setiap kali tukar rukun solat
perlu takbir Allahu Akhbar menunjukkan kita mengakui Keagungan Allah.Tapi
sebab apa orang tak percaya Israk Mikraj, sebab mereka ingat Nabi pergi sendiri
sedangkan Nabi Absar ilaihi (dibawa pergi keatasnya) bukan absar li nafsihi.. (dibawa pergi dengan dirinya sendiri).
“Allah yang
Maha Kuasa membuat langit yang tinggi dan Allah jualah yang berkuasa
membawa makhluk-Nya naik ke langit…..”
Lihat
contoh kalau kita beli ikan mainan buatan manusia pasti ada kekurangan.. rosak
ke, xelok ke itu mesti ada perkataan made in..Cina? tapi kalau buatan Tuhan tiada perkataan MADE IN mana2 pun.. Elok je.. Original ikan
dalam lautan boleh hidup bebas, boleh melompat, tak lembik.. macam buatan
manusia.
Perumpaan,
untuk yakin dengan Israk Mikraj: seperti seekor semut kalau dari Kuis ni
ke Putrajaya berapa jauh? Berapa masa
boleh sampai kalau berjalan sendiri? Mahunya berpuluh-puluh tahun baru sampai
Putrajaya.. Tapi kalau semut tu ditumpangkan oleh manusia, termasuk dalam
kenderaan ikut ke Putrajaya sekejap tak? Semalam je boleh…
Dua perkara
boleh naik ke langit.. 1. (amalan) 2. (roh orang yang beriman). Roh orang kafir
hanya sampai separuh sahaja, tidak boleh naik ke langit.
Selalunya mimpi,
roh yang berjalan keluar. Roh ada dua, roh hayat dan roh haqazah.. Roh hayat
bila keluar akan mati, roh haqazah seperti mimpi.. keluar boleh lihat dunia
yang lain, tempat lain. Sebab tu kita kadang rasa macam penah pegi je tempat
tu.. Maknanya roh kita pernah sampai. Kenapa roh macam tu? Perbahasannya serah
pada Allah…
Itulah
Rasulullah s.a.w pergi ada kenderaan.. Buroq. Binatang yang hebat, tiada yang
lebih hebat darinya. Makhluk yang taat pada Allah s.w.t yang mengarahnya hanya
Nabi dan Rasul sahaja yang boleh menaiki atasnya. Bila Rasulullah mahu menghampirinya
mahu naik.. Burok itu melompat dan lari… Lalu malaikat Jibril membisikkan
kepada buroq bahawa itu adalah Muhammad s.a.w lalu buroq itu tenang.. sehingga
Baginda menaikinya.
Lihat,
binatang pun taat patuh pada Allah.. Tapi kita manusia? Buat jahil…
Sebab itu,
Rasulullah s.a.w menyuruh beradab dengan binatang, begitu Indahnya ajaran
Islam. Bila binatang mengamuk, serulah nama Allah.. Binatang pun takut dengan
Allah.. yang tak takut tuan binatang..
Laungkan takbir
jika terjumpa binatang buas, Insya Allah tak akan dimakan binatang tersebut. Jika
diserang tebuan, launglah Allahu Akhbar3… kita akan selamat jika yakin dengan
nama Allah.. Makhluknya akan akur bila dengar nama Allah.. Sebab mereka juga
gerun dengan Tuhan..
Janganlah
asyik mengatakan taqwa, tetapi yang menyuruh masih tidak taqwa. Sebab taqwa bukan
disebut sahaja, macam orang bace Khutbah. Tetapi terletaknya di.. “Rasulullah memberi
isyarat menunjuk di dada Baginda…”
Oleh itu..
Ambillah manfaat dari Allah s.w.t. janganlah rasa kita hebat dari keagungan
Rasulullah s.a.w.. Kerana setiap yang berlaku, sakit, sehat, bahagia, sempit,
susah semuanya adalah untuk kita mengagungkan Allah s.w.t.. Bersambung….
<
TAMAT> sesi soal jawab pula pada Ustaz Azhar Idrus..
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Semua yang
ditulis ini adalah kata-kata dari ustaz sendiri, maaf jika ada kesilapan,
penambahan atau kurang jelas dari catatanku mendengar ceramah beliau~
Pendekataan
yang ustaz guna menarik, mampu menarik pelbagai golongan jiwa, kanak-kanak,
remaja, dewasa malah yang tua.. Doalah
agar usaha ustaz berterusan sambutannya bagi memperluaskan usaha dakwah
membentuk jiwa manusia seiring dengan pendekatan teknologi moden..
Komenku: Walau gelak ketawa, lucu ustaz yang berbuat
jenaka sebenarnya mampu meruntun jiwa-jiwa manusia.. Tetap dapat membuahkan
keinsafan menghayati apa yang disampai.. Boleh terjatuhnya linangan air mataku di malam itu mengenangkan
kehebatan mukjizat Allah dan dugaan Nabi Muhammad s.a.w untuk menyampaikan
kebenaran.. Terbayang suasana Baginda diejek, diherdik, dituduh gila dari
pelbagai cercaan.. Manusia Agung itu tidak sepatutnya diperbuat sedemikian
sesudah bersusah payah demi umatnya… :‘(
Allahumma solli ‘ala Saidina Muhammad
wa’ala Alihi Saidina Muhammad, “ya Allah sampaikanlah selawatku kepada Saidina
Muhamammad s.a.w serta kepada Ahli Keluarga Baginda…..”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan