~Yang Budiman~

Isnin, 6 Mei 2013

Berdakwah Itu Penting Bagi Membawa Perubahan Masyarakat

Ya Rabbi Yasir wala tu ‘assir ya karim.. Ya Allah permudahkan segala urusan, tunjukkanlah jalan yang lurus, jalan kebenaran-Mu yg diredoi..

Berkesempatan mengikuti Progam Dakwah di kepulauan Riau, Karimun Negara Indonesia.  First time ziarah negara lain, Alhamdulillah..dpt jua bersama teman-teman dgn misi dakwah di sana.

Merasai suasana tempat yang berbeza, melihat pengamalan masyarakatnya, menilai dan cuba memahami..

Mula-mula risau dan ragu2 juga di tempat orang yg terlalu asing.. Diri seperti dipandang makhluk asing di sana, penduduk memandang cara kami berpakaian.. “dari pasenteran mana?” sapa mereka.. “eh, kami dari Malaysia…”jawab kami sambil tersengeh.. “owh…” sambil melihat kami atas ke bawah..

Hmm.. susahnya nak lihat org yang betul2 memakai pakaian yang mengikut syariat di sana. Sukar lihat orang pakai tudung, pakai yg longgar..malah mereka dah biasa memakai seluar pendek bagi kaum wanita di sana..

Hmm diri sendiri pun dah segan melihat kaum sejenis memakai seluar pendek apatah lagi jika golongan adam melihatnya? Rasa maruah diri ni pula yang hilang -_-

Kenapa ini berlaku? 

Melihat pada masjidnya.. berdekatan dengan rumah2 yg lain.. Namun tidak diaplikasikan dgn baik.. Malah khadiran tetamunya kurang untuk mendengar majlis2 agama.. Solat berjemaah kurang, di rumah keluarga angkat kelihatan suruhan untuk solat itu seperti sering diremehkan..

Tetapi di sekolah anak-anak kecil mmg telah dididik dengan ajaran agama yang tinggi.. Budak2 seusia 5 hingga 12 tahun ke bawah di ajarkan mengaji.. Sungguh sedap mereka mengaji Quran, mampu menghafal Quran.. Ikut tajwid.. Dan segala ilmu agama fardu ain yang lain..

Semasa kecil mereka diberikan dididikan agama, menjaga pakaian dgn bertudung ke sekolah.. namun setelah dewasa ianya tidak dikekalkan.. Kenapa?

Indonesia memang terkenal dgn golongan ilmuannya, trdapatnya kiay2.. ualama2 yang lain.. sperti HAMKA, dan pelbagai kitab agama terhasil di sana, namun budaya LIBERALnya adalah sngat tinggi.. memudahkan agama dalam segala hal.. lalu syariat Allah diremehkan..

Di sini, ilmu sosiologi agama dan antropologi agama penting untuk mengkaji perubahan masyarakat sesuatu tempat. Setelah mereka dewasa, kebebasan yg diberikan kepada mreka sgt tinggi, ibu bapa tidak dapat mngawal anak2nya lagi..dibiarkn mngatur khidupan mngikut kpuasan dan acuan sendiri tanpa bimbingan..

Dulu Negara Malaysia juga begini, penduduknya masih kurang kefahaman dalam beragama Islam.. Namun setelah munculnya golongan yang bangkit membawa ajaran Islam di Malaysia.. penduduknya berubah dari semasa ke semasa…

Cuba kembali ke zaman 80-an,90-an masayarakat masih kurang mempraktikkan agama dengan sebaiknya dalam kehidupan harian mereka, jika bertudung hanya memakai skaf yang boleh kelihatan rambut lagi..skirt2 pendek..baju lengan pendek.. pakaian ketat..menjolok mata dn sebagainya plbagai lagi  amalan jahiliyyah..

Alhamdulillah..kini perubahan telah berlaku apabila cara beragamanya terserlah dengan mngamalkan ajaran Islam dalam pelbagai aspek, sudah ramai bertudung dgn sempurna..mnutup aurat, prubahan sistem pendidikan.., wujudnya institusi agama yang plbagai.. prubahan budaya kepada yang lebih baik..

BAGAIMANA WUJUDNYA PERUBAHAN BUDAYA SESUATU MASYARAKAT?

Mesti mempunyai org yang merubahkannya.. melalui penyelidikan dalam masalah sosial ini, lalu beberapa kumpulan bangkit memperjuangkan kebenaran khidupan manusia yang lebih bertamadun.. Itulah kemunculan golongan intelektual yang mengkaji proses perubahan masyarakat perlu dilakukan.. Sampai bila masyarakat hendak mengamalkan budaya jahiliyyah yang tidak tahu baik buruk, dosa, maksiat, suruhan dan larangan Tuhan?

Mengimbau beberapa gerakan terdahulu.. Seperti Hassan al- Banna terhadap masyarakat Arab Jahiliyyahnya, Tokoh perjungan gerakan Islam ini tidak pernah putus asa untuk menyebarkan dakwah kefahaman Islam kepada penduduknya, Beliau telah menubuhkan Ikhwanul Muslimin dimana terdiri daripada golongan yang betul2 mahu menyebarkan nilai2 murni Islam bermula secara kecil2lan.. Golongan ini sentiasa mndapat tentangan dan ujian yang hebat dari masyarakat yang tidak mahu menerima ajakan untuk berubah…

Namun perjuangan Hassan al-Banna bukan hanya setakat di zamannya, ianya telah diteruskan oleh pengikutnya yang cintakan Islam dan berjihad mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w ini ke serata dunia..

Munculnya gerakan Ihkwanul Muslimin ini disambung dengan gerakan2 pemuda yang mewujudkan sistem halaqah yang digelar usrah. Usrah menjadi pendekatan mereka bagi sentiasa memperbaharui maklumat, ilmu2 dan sistem memperkasakan tarbiyyah mereka agar semakin bersemangat untuk menyampaikan risalah kebenaran Islam.

Golongan2 ini berleluasa dan smakin tersebar di pelusuk dunia.. Mereka terdiri daripada para pelajar di luar negara, mereka bermunaqasyah membincangkan hal2 semasa dan isu2 yang perlu diketahui.. Dalam sistem usrah mereka… Mereka semangat meneruskan dgn membawa pendekatan tersebut ke tanah air masing2..

Seperti mmbawanya ke Malaysia.. Golongan anak muda yang mantap pengetahuan agamanya terus dikongsi kepada penduduk msyarakat tanah air.. Kita mahukan perubahan! Kata2 hati yang kuat mlonjak selari dgn gerak kerja Islam terus dprkuatkn di Malaysia.. Munculnya gerakan2  yang memperjuangkan Islam dan semakin diperluaskan melalui sistem POLITIK…

Tertubuhnya parti Islam bagi membawa ahlinya brjuang mendapatkan kuasa untuk memudahkan urusan memimpin melaksankan Islam di Malaysia.. Tetapi ramai yang tidak tahu, dan menganggap perjuangan agama itu sia2..Tanpa hasilnya.. benarkah? Lihatlah gejala sosial yg berleluasa kini, mahu salahkan siapa, andai yang berkuasa tidak memainkan peranan mencegahnya? Hukum Allah tidak mmpu dilaksanakan dgn plbagai alasan itu dan ini..?

Jawapannya.. sistem DAKWAH berjaya mmbawa perubahan budaya sesuatu tempat, rasailah sendiri bandingkan dengan kehidupan jahiliyyah dan kehidupan nilai2 murni ajaran Islam.. mana yang lebih baik?

Jadi, renungilah.. Adakah kita yang mempunyai akal fikiran yang waras masih tidak mahu bersama membantu dlam perjuangan Islam? Adakah kita masih menyibukkan diri dengan kepentingan diri semata2 tanpa sebarang pengorbanan untuk membantu menyambung perjuangan perubahan masyarakat kepada yang lebih baik..?

Kadang2 tanpa disedari kita telah ditipu dan dijajah pemikiran oleh agenda Barat agar tidak mencakna untuk membantu perjungan Islam dengan hanya menjaga kepentingan sendiri..mengikuti rutin harian biasa kita dengan kadar terpaksa melaksankan tanggungjawa yang telah diamanahkan.. Sedangkan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini, sebagai hamba Allah yang meyuruh kepada kebaikan, dan melarang kepada kejahatan dn kemungkaran..tidak diaplikasikan.. T_T

Kerana kita masih kurang ilmu, kekuatan dan semangat… Kurangnya keyakinan..dari balasan baik buruk dari Tuhan..  Tingkatan iman dan taqwa kita masih lemah… Sistem tarbiyyah diri kita masih kurang.. masih tidak dapat semangat seperti para sahabat yang selalu mendahulukan Allah dan Rasul dlm segenap aspek..

Oleh itu, jom muhasabah diri kita.. agar kita slalu berazam mahu mncontohi para prjuang yang trdahulu yang brsusah payah menyampaikan kbenaran.. yang meyelamatkan kita dari kegelapan kepada cahaya Tuhan..

TANYALAH PADA DIRI…

Sudahkah kita melibatkan diri dalam perjuangan Islam? Sudahkah kita mengikuti sistem2 tarbiyyah Islamiyyah yg ada pelbagai sekarang? Sudahkah kita turut serta dalam jemaah yang memperjuangkan kebenaran Islam? Carilah dgn berusaha mendapatkn bersama sahabat2 yg lain.. Kerana ia akan mentarbiyyahkn diri kita, mngajak kepada kebaikan..serta nilai ukhwah yang berpanjangan krana Allah.. 

Jika masih belum.. Belum terlambat andai nyawa masih diberikan dan jasad mempunyai (istito’ah) kemampuan qudrah dari Tuhan.. untuk mmbawa perubahan.. kerana pilihan dan peluang dari Allah itu luas buat hamba-Nya yang beriman..dgn hari pembalsan.. Berdoalah selalu..agar Allah mnunjukkan jalan menghampiri-Nya.. Berjemaah adalah lebih baik daripada berseorangan.. Muhasabah buat diri sendiri~ Apakah sumbanganku untuk Islam? masih tiada apa..T_T'..menulis dn sematkn dlm jiwa yg slalu futur.. =(

p/s: bukan niat untuk mmburukkn saudara Indonesia, tp sma2 ambil ikhtibar.. perubahan pd msyarakat penting, tingkatkn azam selalu.. Insya Allah~

<<<<<<<<< Kenangan Program Dakwah di Kepulauan Riau Indonesia>>>>>>>>>


Program Tahsin al-Quran bersama kanak2 Riau Sek.Rendah yg comei2..  ^_^

Program motivasi di Sek. Men. 4 Binaan Riau, dan di Madrasah Agama ;)

Program ziarah-menziarahi keluarga angkat dr rumah ke rumah.. Sweet memor~

di Pantai Gloria Pulau Karimun Riau.. Merenung ciptaan-Nya, Subhanallah~

Para Dai'e Muda sahabat UKM, ukhwah itu indah andai kerana Allah s.w.t.


 Wallahu 'alam... Moga mncapai sgala matlamat dgn izin Allah s.w.t..aamiin~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~ perkongsian yg lain~