Malam yang tidak disangka, 12 Februari 2015, berita
atas pemergian Tuan Guru Nik Aziz
Mursyidul Am PAS. Air mata hadir tak disedari mengenangkan perjuangan
Tok Guru dalam Gerakan Islam di Malaysia. Tarikh yang sama dengan pemergian
al-Syahid Hassan al-Banna, pengasas Gerakan Islam Ikhwanul Muslimin.
Musibah banjir besar di Negeri Kelantan, seolah-olah
petanda menunjukkan akan pemergian seorang ulama yang dikasihi ramai TGNA.
Teramat sedih. Seperti kehilangan ahli keluarga
sendiri yang amat disayangi. Dada seperti sesak, menahan sebak.
Mengapa? Walaupun tidak selalu mengikuti
perkembangan beliau, namun sedikit pengenalan pada perjuangan diri beliau
membuatkan diri hiba.
Benar. Mengenangkan matlamatnya dalam arena
politik Negara, menerajui kepimpinan ulama dalam politik bagi menegakkan syiar
Islam. Dakwah ini matlamatnya, agar rakyat Malaysia semakin sedar dengan
nilai-nilai Islam yang dituntut syarak.
Kepentingan Politik Islam
Politik. Dulu memang tidak cakna, tidak rasa pada
kepentingannya. Alhamdulillah, Allah anugerahkan
akal untuk menilai.
Lumrah aneka parti atau pertubuhan pasti ada
cabaran. Ada yang tidak setuju dan tidak boleh menerima perjuangan sesuatu
gerakan. Seperti perjuangan Rasulullah dalam berdakwah pada Islam, ramai yang
menentang.
TGNA tetap dengan pendirian agar golongan
agamawan boleh menguasai tampuk kepimpinan demi menjalankan misi dakwah kepada
ajaran Allah s.w.t. Ujian dan cabaran
yang pelbagai ditempuhi, dihina, difitnah, dikeji dan sebagainya diterima
dengan sabar.
Pengaruh politik begitu besar kerana mempunyai
kuasa untuk memimpin ummat. Jika tiada kuasa, proses amar makruf, nahi mungkar
untuk menyuruh masyarakat / rakyat pada kebaikan dan menjauhi rakyat pada kemungkaran
mungkin tersekat.
Niat yang suci. Perjuangan politik ini demi
Ilahi, demi dakwah Islamiyyah, demi tertegaknya Daulah Islamiyyah, meneruskan
kepimpinan khalifah seperti mana zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat.
Masalah Masyarakat
Pelbagai kerosakan pada masyarakat tanda akhir
zaman. Masalah-masalah sosial meruncing, masyarakat tidak malu melakukan dosa-dosa,
jenayah, dansegala kemungkaran yang dilarang Allah s.w.t. perlu diatasi.
Kerana Tangungjawab umat Islam untuk
mencegahnya, memperbaikinya, mengajak kepada kebenaran dengan nilai-nilai yang
lebih baik buat kemenangan di dunia dan akhirat.
Kembali pada sejarah, bagaimana masyarakat 60-an/
70-an dahulu, kurang mengamalkan nilai Islam yang benar dari segi ibadah,
muamalah, pakaian, hukum dan sebagainya. Namun kini sedikit sebanyak telah
mengalami perubahan dengan masyarakat mempraktikkan Islam yang lebih baik.
Pemergian Tokoh Demokrasi Tok Guru Nik Aziz
Penyampaian ilmu agama menjadi metodnya dalam
penyebaran Islam. Kuliah-kuliah agama sering beliau berikan. Didirikan pondok
tahfiz sekitar rumahnya, tanah wakaf dibangunkan masjid untuk mengimarahkannya
pada jalan Allah.
Akhirat tujuannya. Selalu beliau pesan untuk memperbaiki
amalan ibadat untuk akhirat. Mengingatkan pada Pencipta Allah s.w.t, meyeru
untuk mendekatkan diri pada Tuhan kita. Ajarannya sungguh murni.
Ilmu yang beliau pelajari dari kelulusan
pelbagai bidang, di dalam mahupun luar Negara cuba disampaikan pada masyarakat
agar turut merasakan kepentingan ilmu akhirat. Sepanjang hayatnya dihabiskan
dalam perjuangan ini. Walaupun ditimpa penyakit sejak memegang jawatan Menteri
Besar Negeri Kelantan tidak menjadi lemah dalam gerakan perjuangannya ini.
Tulisan ini demi memperingati sedikit sebanyak
perjuangan Tok Guru yang amat disayangi. Terlalu banyak jasa beliau. Terlalu banyak
yang ingin diperkatakan. Disimpan rapi dalam diri, untuk menjadi tauladan. Lebih-lebih
lagi mencontohi beliau dalam tanggungjawab sebagai hamba kepada Allah…
Wallahu ‘alam… Akan bersmabung. Insha Allah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan