~Yang Budiman~

Isnin, 12 April 2010

manisnya taqarrub,tafaqqur ma'ALLAH

MANISNYA = suatu rasa yang sukar digambarkan. Seperti memakan gula kita rasa manis tapi tidak tahu menggambarkan manis itu bagaimana. Terpulang kepada individu yang dapat merasanya…tapi pastilah rasa yang enak, dan kita suka bila mencuba pasti mahu lagi.. Cuba bandingkan dengan rasa yang pahit, sukakah? Bila disentuh lidah,menerima rangsangan memek muka berubah kan, tunjuk tak suka. Begitulah…tapi di sini ana ingin katakan konsep “ manisnya” bila kita bersama Tuhan, antum sendiri kena menilai tahap manis yang dicapai

TAQARRUB = dari perkataan arab yang bermaksud dekat. Ana maksudkan “ mendekatkan diri pada Tuhan”. Bila kata dekat,kita akan fikir sesuatu yang dekat dengan kita. Dapat rasakah Tuhan itu dekat? Bagaimana? Dapat melihatnyakah, astaghfirullah…hindari berfikiran begini, ALLAH tidak boleh dilihat oleh makhlukNya,maha suci Tuhan dari semua gambaran.Cuma kita boleh rasa dengan mendekatkan diri padaNya, Dia sentiasa bersama kita mengikut tahap makrifah mengenaiNya…

TAFAQQUR = juga perkataan arab bermaksud “berfikir”. Itulah yang membezakan manusia dengan haiwan. Dikurniakan akal agar dapat manfaat memikirkan suatu perkara. Tapi di sini ana mengajak diri ana dan kalian sekalian sama2 berfikir tentang Tuhan kita ALLAH S.W.T. kita akan dapat merasa nikmat dan manfaat lain yang pelbagai.. begitu banyak yang boleh kita kaitkan dengan Nya,cubalah!

MA’ALLAH = bermaksud “ bersama ALLAH” bersama bagaimana ? sekali lagi dilarang menyamai ALLAH dan makhluk ciptaanNya. Iaitu kita sentiasa merasakan bersamaNya dalam hidup ini disetiap waktu, tempat dan keadaan kita… bolehkah? Jadi gunalah ketiga perkara di atas dengan bersama ALLAH…kita akan mendapatkan hasil yang lumayan,jom sama2 pratikkan… insyaALLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~ perkongsian yg lain~