~Yang Budiman~

Selasa, 13 April 2010

++ Rasa Bertuhan ++


Kalau manusia mengenali Tuhannya…
Hancur luluh hatinya, lembutlah jiwanya , tak sempat mengingati perkara yang lain, Hati dan jiwanya, semata-mata terpaku dengan Tuhannya….

Jika manusia mngenali kehebatan, keagungan Tuhannya, Kecutlah perutnya, kalau manusia sentiasa sedar…. Pendengaran, penglihatan, dan pengetahuanNyA…
Manusia tidak mudah dekat dengan Tuhannya, Kalau mudah, nescaya manusia itu tawaduk merendah diri di bumi Tuhannya…

Jika manusia rasa bertuhan, Hidup di hatinya, matilah angan-angan, takut pun datang menerpa di hatinya… Manusia akan sibuk dengan dirinya, tak sempat memikirkan diri orang lain, Takut dan bimbang, sampai tak sempat mengumpat.

Aduh kalau Tuhan….sentiasa di hati, Perasaan bertuhan mencengkam di hati… Mengenang pula nikmat….nikmat Tuhan yang banyak… Bertambah perasaan, cinta dan takut… Cinta kerana nikmat dan kasih sayangNya, Takut kalau nikmat… ditarik semula… Takut kalau terbuat dosa akan diazabNya…. ALLAH =(

Begitulah kalau seseorang hamba, mengenali Tuhannya…. Hatinya sangat sibuk dengan Tuhannya, dunia dan nikmatnya tidak mempengaruhinya… Sekalipun dunia di tapak tangannya…
Moga kita hidup sentiasa “rasa bertuhan” InsyaALLAH….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~ perkongsian yg lain~