~Yang Budiman~

Khamis, 23 Disember 2010

.:bagaimana menuju alam seterusnya?:.

Dengan nama Allah yang Maha Agung, wahai Tuhanku, ampunkanlahku, ibu bapaku, adik beradikku, sanak saudara kaum kerabatku, sahabat2ku dan seluruh hamba-Mu yang dhoif dan hina dimuka bumi-Mu ini. Lembutkanlah hati kami, dalam mencari jalan kebenaran menuju-Mu. Berikanlah kami hidayah yang hanya dimiliki-Mu,amin...

Alhamdulillah masih diberi peluang hidup untuk meminta keampunan pada- Mu. Jangan dicabutkan nyawa ketika diri penuh dengan maksiat pada-Mu, ketika diri penuh dengaan kelalaian dan tuntutan yang belum tertunai. Mudah2an.

Sudah bersiap sediakah kita kembali menghadap Allah tika ini? Jika tibanya ajal kita, adakah kita akan merelakannya diragut malaikat maut ( Izrail ) sekarang ini??
Mungkin ada juga yang tidak suka ditanyakan sebegini. Tidak suka memikirkan tentang “KEMATIAN” yang pasti tiba jua. Ada yang beranggapan “ alah aku masih muda, masih awal lagi untuk mati”. Benarkah demikian?. Betul ke masa muda tak kan mati? Bila tua sahaja,baru malaikat tarik nyawa?

Lihatlah fonomena sekarang, yang muda pun turut tak kecuali meninggal dunia. Banyak faktor penyebab kematian. Diri merenung, bagaimana kalau saat ini diri yang dipanggil-Nya? Allah, memang takut…… takut kalau ada maksiat2, dan mungkin banyak masih belum diampun Tuhan. Takut akan diazab api neraka Allah yang marak, panas menggelegak, dan azab2 yang dahsyat dalam neraka seperti khabaran dalam Quran.

Tidak dapatkah kita gambarkan? Ianya bukanlah satu dongengan, dan bukan juga cerita yang direka. Ia adalah realiti kebenaran yang dikhabarkan oleh Rasululah s.a.w yang akan kita tempuh kelak. Maka berimanlah kita pada utusan Allah, tentang Hari Akhirat, Hari Kiamat yang adanya mizan (timbangan amal) yang akan ditimbang amalan sama ada ke neraka atau ke syurga?

Jangan terlalu yakin dengan amalan yang dilakukan sekarang, tapi selalulah berharap pada-Nya agar diterima amalan kita tidak dipersoalkan lagi di akhirat. Berterusanlah, dan teruskanlah merendah diri meminta pada-Nya.

Diri merenung peristiwa2 yang telah berlaku. Peristiwa di mana ana dikhabarkan sahabat mengenai kematian pelajar di institusi sama ana. Isyarat msg yang diterima, membuatkan terpaku seketika.

“ al-fatihah pada sahabiah jabatan syariah dan dakwah akibat kemalangan jalan raya”. Innalillahi wa inna ilaihi rojiun, ( sesungguhnya kita dari Allah, dan dari-Nya jua kita akan kembali ).

Seingat ana, mereka baru tamat exam final (peperiksan akhir) yang baru ditempuh. Baru seusia lingkungan 20-an tahun, Allahu akhbar… meninggal pada hari Jumaat, maka terlepaslah azab kubur mereka, meninggal dalam kemalangan juga sebagai mati syahid, apalagi kalau berjuang menuntut ilmu Allah,sungguh mulia cara peninggalan dunia mereka. Moga dikalangan orang2 yang beriman, amin.

Bagaimana pula cara diri ini meninggal nanti? Adakah dalam keadaan hina? Adakah dalam keadaan yang masih iman di dada? Atau diakhiri dengan su’ul khotimah (mati yang buruk) na’uzubillahi min zalik (mohon dijauhkan). Kerana semuanya ketentuan Allah, kita yang memilih jalan yang bagaimana. Moga mati masih thabat di jalan-Nya. Amin.

Merenung pula kejadian bencana alam yang terjadi di Jogjakarta Indonesia. Hanya letusan asap tebal dari gunung berapi sahaja telah meragut banyak nyawa. Itu belum lagi keluar lava api gunung berapi, Cuma asap sahaja sudah cukup memanaskan, melecurkan dan seterusnya mengakibatkan tergadai nyawa terkenanya. Maha hebat kejadian Allah.
Lihatlah tentera2 Allah iaitu seluruh alam sentiasa setiap sedia menerima arahan Allah. Kalau Tuhan berfirman, “ jadilah” maka jadilah demikian apa yang ia kehendaki…tiada siapa yang dapat menghalangi dan menandingi kekuasaan Allah. Subhanaallah……. Demikian juga seperti tsunami.
Melihat rancangan tv3 majalah 3, secara life (langsung) dapat melihat betapa lajunya pergerakkan asap tebal itu meluru membaham semua yang ditempuhnya. Keadaan mayat2 yang mengerikan, pesakit yang merana kesakitan dan segala macam kerugian yang mereka alami.

Tidak mahukah kita ambil pengajaran darinya. Itu adalah salah satu peringatan buat kita, tanda kekuasaan Allah yang ingin tunjuk pada kita kehebatan-Nya, yang Allah tidak pernah main2 dalam ancaman-Nya, masih tidak sedarkah kita?
Ia memerlukan satu kuasa yang hebat untuk menjadikan ia, mana mungkin terjadinya bencana itu sendiri tanpa yang mengaturkannya. Itulah tanda kewujudan Allah yang Maha Perkasa ( القوة ) nama-Nya. Kalau di dunia Allah telah tunjukkan yang dahsyat, apatah lagi di akhirat kelak. Tak mustahil bagi-Nya menyediakan azab yang lagi dahsyat dari itu. Berfikirlah ( bertafaqqur )tentangnya.

Merenung pula bencana banjir besar di Negeri Kedah, air hujan tanpa henti telah naik sehingga banyak yang ditenggelami. Pelbagai kemusnahan, ternakkan, tanaman yang rosak binasa, ada juga manusia yang menjadi mangsa. Di sini, ketabahan perlulah diperkuatkan. Ketika menyambut raya korban, moga mereka rela, redha segala apa yang telah terkorban. Kerana semua milik Allah, bila tiba masanya ia akan berpisah dan kembali jua pada Tuhan yang satu.

Oleh itu, diri ingin memberi peringatan buat diri dan mereka2 yang ingin diperingat. Bahawa segala ajal dan maut di tangan Tuhan, kita tidak tahu bila masanya, di mana tempatnya, dan bagaimana cara kita menemui ajal kelak. Sentiasalah memperingati mati, sentiasalah takut mengenangkannya, setiap saat, sentiasalah bersandar pada Allah memikirkan tentangnya. Kerana bila2 saja kita akan diambil-Nya. Maka persiapkanlah diri selalu.

Janganlah kita tergolong orang yang ada penyakit (wahhal) iaitu takutkan mati. Iaitu mereka yang tidak mahu memikirkan tentang kematian kerana terlalu cintakan dunia. Ingatlah kata malaikat Jibril alaihi salam yang berpesan :

“ cintalah apa yang kau ingin cintai sesungguhnya ia tidak kekal selamanya akan berpisah jua denganmu”

Kata2 ini mengingatkan agar kita bersederhana dalam mencintai sesuatu agar tidak menyesal dekemudian hari kerana tidak selamanya, tatapi cintailah Allah yang sungguh tinggi nikmat yang diperolehi bukan setakat di dunia tapi berterusan ke akhirat.

Janganlah kita terlalu angan2 yang melekakan,sibuk memikirkan masa depan yang belum tentu terjadi.Walaupun punyai cita2 yang murni tapi sentiasalah bersandar pada-Nya, bertawakkal. Cukup sekadar matlamat yang ingin diraih memikirkan untuk keredhaan ALLAH. Insha Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~ perkongsian yg lain~