~Yang Budiman~

Ahad, 17 Jun 2012

.: OKI SETIANA DEWI DATANG KE KAMPUSKU:.



“Wah, heroin citer Ketika Cinta Bertasbih datang UKM..! Allah.. besok first paper la.. hrmm.. banyak nak ulang lagi nih, besok awal pagi pula tu exam.. Maharat istima’ soalan Nahu pulak tu…” fikiranku berfikir 50/50, nak pegi ke tak ye. Hmm tula study last minute tak nak ulang awal2… maleh la.. study first!
 
Tit..tit3.. (bunyi msg) “gi masjid program OKI tak?, sy tanye kawan lain sume sibuk nak study.. Klu g jom g sme.. ” ajak sorang memberku. “ Allah… nak tolak camne eh? Ermm kesian pula dia kata takde teman".

Buat kali pertama Oki datang ntah bila pula dia akan datang lg kat UKM ni kan, mane tahu banyak yang dapat dr perkongsian beliau.. “wanita juga buleh suksess!” Mesti ada manfaat bedah buku tulisan beliau.. Mahu jadi sepertinya~


“Ok, InsyaALLAH kita jumpa di Masjid k.. ;)” balasku agak sikit ragu.. nota2 Nahu dibawa bersama.. ntah dapat bace ke tak..


Kagum melihat Oki Setiana Dewi pelakon wanita terkenal dr Indonesia itu ada di depan mata, ramai juga yang hadir. Manis mengenakan busana muslimah.


Akteras muda itu mampu berkomunikasi dengan baik terhadap pelajar UKM ni yang Melayu pon  boleh faham.. hehe agak lucu juga orangnya.. lawak yang bersahaja, namun beroleh terhibur hati-hati pendengarnya sehingga kedengaran ketawa.


Beliau menceritakan beberapa kisah hidupnya, dimana membawa penghijrahan kepada menutup aurat dengan sempurna. Bukunya sudah ku baca sedikit sebelum ini tentang kisahnya, tertarik kerana kebergantunganya yang amat tinggi pada Tuhan membawa perubahan pada hidupnya..


Mengulas tentang kejayaannya.. Rupanya-rupanya beliau banyak melaksanakan beberapa kerja dalam beberapa masa, sebagai seorang pelakon dan seorang pelajar mahasiswi. 


“Mualanya saya memang ngak mau menjadi artis selepas saya telah berhijrah memakai jilbab, apatah lagi sya telah menjadi guru mengajar mengaji al-Quran, tetapi apabila berita pencarian pelakon untuk Ketika Cinta Bertasbih diwar-warkan, teman-teman nyuruh saya untuk mencoba”


“Saya memang ragu2 kerna menganggap berakteras itu satu yang tidak baik, lagi banyak cabarannya, yang buleh dipandang sinis, namun teman-temanku sendiri yang telah mendaftarkan namaku untuk mencoba, lalu aku berdoa “ya Allah, andai ianya baik untukku dan agama-Mu maka pertunjukkanlah, dan jika bukan, maka perjauhkanlah..”


“Ternyata namaku terpilih dari berpuluh2 yang mencoba, aku sujud syukur kerna jalan ceritanya amat baik sekali berunsur ajaran agama-Nya”. Yang terpilih adalah bukan calang2 orang kerna dinilai dr beberapa aspek keagamaannya, rohani, sikap, rupa dan sebagainya.. padahal aku hanyalah biasa-biasa.. mungkin taqdir-Nya..”


“Memang mulanya fikir bahawa wanita tidak baik berakteras, namun ku fikir.. andai jalan cerita ini mampu mengubah jiwa yang lain kepada yang lebih baik adalah bagus, ramai yang komen bahawa mereka terkesan dengan nonton cerita tersebut, dengan watak Anna Alfathunnisa..”


“Aku berkteras dr malam hingga pukul 5 pagi.. dan aku perlu menghadiri kuliah belajar jam 8.. kapan aku tidur? Aku tidur di perjalanan.. Pernah ketika aku perlu menghadapi ujian yang aku belum mengulang kajinya, aku merayu sehingga aku rasa tidak bisa untuk hidup begini.. Terasa amat jerih.. Namun aku peringatkan diriku yang aku bisa.. Aku bisa! Aku bisa! Dan tika itu aku baca sebaiknya sebelum jam 8 untuk ujian. Alhamdulillah.. Aku berjya juga dan markahku lagi tertinggi dari yang lain..”


“Aku berazam akan menjaga prinsipku dengan tetap tegar dengan jilbabku.. dan aku mahu buktikan yang wanita berjilbab juga buleh suksess, ayuh kalian kita buktikan yang kita juga bisa..! menjadai dai,e cukup dengan perwatakan kita yang baik mengikut agama.. pasti akan menarik hati2 yang semuanya adalah fitrah menginnginkan kebaikan..”


Kesimpulannya: untuk berjaya memang perlu pengorbanan, untuk jadi orang yang luar biasa.. Perlu juga usaha yang luar biasa.. dan yang amat penting adalah tidak lupa untuk sentiasa bergantung pada Allah terus menerus.. Dengan mengekalkan suruhannya dan menjaga dari larangan-Nya..


*perkongsian beliau menaikkan semangatku untuk mencontohinya berjaya dalam apa jua, malah mampu menyumbang pada agama.. Insya Allah~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~ perkongsian yg lain~