~Yang Budiman~

Ahad, 17 Jun 2012

.: KeheBaTaN KeKaSiH ALLAH s.w.t:.



Alhamdulillah, dikurniakan sahabat-sahabat yang bersemangat mencari majlis-majlis ilmu. Syukran sudi mengajak dan memperingatkan majlis-majlis yang ada..

Hp berbunyi.. “ assalamualaikum kak, nak pegi dengar ceramah tak, jom.. kat Surau Saujana Impian Kajang..”ajaknya.  Emm “ boleh gak, ok”.jawabku.

Walaupun final exam belum selesai, majlis-majlis ilmu juga rancak dijalankan, terpulang pada hati hamba-Nya untuk memilih.. Tambahan jalannya dipermudahkan.. sahabat yang mempunyai kenderaan offer pergi tempat yang dia sendiri tak pasti tempatnya, men redah je ikut sinboard.. hu3 sampai juga..

Ceramah dari Ustz Farid Ravi ni.. Kagum, beliau memeluk Islam ketika 18 tahun baru boleh dibenarkan menukar agama pada Islam. ceritanya sebelum masuk Islam, rakan-rakan Melayu kurang memberi tauladan yang baik dengan ajaram Islam yang sebenar, tapi beliau pula yang lebih tahu tentang Islam..

Kagum, beliau menjadi hakim tadarus al-Quran peringkat kebangsaan. Bacaannya penuh tajwid dengan baik.. Doakan beliau untuk menyambung pengajian ph.D.nya di Jordan… mudahan menjadi dai’e yang dicontohi kita…

Beliau suka mengaitkan peristiwa isyrak mikraj dengan ayat al-Quran.. “itu adalah satu mukjizat Nabi!” Diperjalankan Allah pada Rasulullah dengan satu malam dr baitul maqdis, masjid al-Aqso, ke sidratul muntaha.. menempuh peringkat langit sehingga langit ke tujuh.. dan menghadap, berjumpa pencipta kita Allah azza wa jalla. Hebatkan!

“Benda yang pelik itu barulah mukjizat!, Kalau biasa-biasa.. tak nampak la keagungan Allah” tegas ustz Farid. “Orang yang beriman dengan mendengar sahaja dari kata Nabi adalah lebih hebat dari beriman dengan menyaksikan dengan mata sendiri”..

“Apa sebabnya nabi dibelah dada dan dicuci jantungnya sebelum israk mikraj?” Tanya beliau. “sebab last sekali nabi nak jumpa Allah, bila nak jumpa Tuhan mestila kena hati bersih.. barulah hijab dipermudahkan.. , sama macam kita kalau nak berhadapan dengan Allah kena bersihkan hati dari pelbagai sifat kekotoran..baru mudah bangun tahajud” ustz Farid memberi ingatan, bahawa waktu sepertiga malam adalah waktu sesuai menghadap Tuhan.


Kesimpulan ringkas: sungguh gerun mendengar seksaan yang dipertontonkan Nabi ketika israk mikraj, di dunia tak akan sama di akhirat.. Pada malam 27 Rejab ini,kisah Nabi dipertangunggjawabkan melaksanakan solat.. kerana Rasulullah lah kita boleh sembahyang hari ini.. begitu kasih Nabi sudi mengurangkan dr 50 yang disuruh Tuhan kapada 5 kali waktu solat je demi umatnya.. Rasulullah juga manusia, yang dipilih Tuhan yang terbaik dr segala makhluknya.. moga selalu timbulkan rasa kagum kita pada Nabi Muhammad s.a.w.. dan rasa pilu dengan kelekaan memperingati Baginda dan sirah2 Nya.. Wallahu ‘alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~ perkongsian yg lain~