~Yang Budiman~

Selasa, 13 April 2010

contohilah sifat ahli sufi

Kisah orang kaya dan seorang sufi

Pada suatu hari, seorang lelaki kaya telah bertemu dengan seorang sufi yang berpakaian compang -camping. Dia kelihatan terlalu miskin. Orang kaya berasa kasihan, lalu dia menyedekahkan sejumlah wang kepada sufi. Setelah mendapat wang itu, si sufi memandang muka orang kaya itu dan bertanya, “ apakah tuan mahukan wang lagi sekiranya tuan berpeluang untuk memilikinya?” orang kaya itu menjawab, “ sudah tentu aku mahu.” Si sufi pun membalas, “ kalau begitu, ambillah semula wang ini kerana tuan sebenarnya lebih miskin daripada saya. Tuan masih perlukan wang, sedangkan saya tidak memerlukannya.”

Allahuakhbar..... sungguh tinggi penghayatan ahli sufi tersebut, harta benda dan kekayaan bukanlah tujuannya yang ingin dikecapi, malah sanggup berkorban miskin tidak mengejar kekayaan kerana itulah sebaik2 nikmat untuk mendapat cinta ALLAH d hati...

tambahan lagi, salah satu jalan menuju ALLAH adalah mesti bersifat zuhud iaitu tidak mengambil sepenuhnya, berseronok2 dengan nikmat di dunia yang sementara.... tapi mahukan nikmat yang kekal abadi di akhirat kelak..... mampukah?? mari muhasabahkannya =(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~ perkongsian yg lain~