~Yang Budiman~

Selasa, 13 April 2010

+ perbincangan usrahku... +

Seperti biasa, selepas subuh berjemaah di surau, ustazah ( salah seorang pensyarah FKI ) berkongsikan ayat quran yang hendak dihuraikan , kebetulan imam membacakan surah yang sama Al-baqarah tak silap ana, mengenai pertukaran kiblat dari masjidil Aqso kepada kiblatkan ka’bah di makkah tika ini.

Ustazah menyoal kami, kenapa Allah turunkan wahyu menukar kiblat? Seperti biasa, jawapan kami tidak menepati jawapan yang dikehendaki. Jadi ustazah mengatakan kerana masjidil Aqso adalah dianggap tempat suci bagi kebanyakkan penganut.seperti sekarang kita melihat pertingkahan manusia yang ingin menguasai daerah palestin tersebut. Jadi hikmah pertukaran kiblat Allah itu maha mengetahui dan natijahnya kelak, kerana tidak mahu hambanya kesukaran beribadat yang diwajibkan…

Tambah ustazah… “tapi sekarang kita umat Islam tak sedar telah dijajah oleh yahudi sekarang” walau kita berjaya mempertahankan Negara kita.
Ya, ana setuju bab ni, jajahan yang halus bukan secara zahirnya tapi penuh strategi menyeludupi setiap jiwa manusia. Menjadikan jiwa yang lalai, kehidupan cara ajaran Islam itu tidak diserlahkan malah diselewengkan…penuh kemungkaran mengikut budaya penjajah. Nau’zubillah…

Mengapa boleh jadi begini? Kalian mesti tahu antara sebabnya yang pelbagai factor. Cuma kita tidak tergerak atau sukar untuk memperbaikinya..lihat sajalah disekeliling kita,tak perlu lihat jauh2 depan mata je boleh lihat kemaksiatan pada ALLAH, hokum halal dan haram tidak lagi dihiraukan setiap tindakan kita. Kami diingatkan ustazah lagi, “ ingat, hokum melaksanakan amar ma’ruf,nahi munkar itu adalah wajib, kalau kita tak bertanggugjawab menegur, kita akan dipersoalkan di akhirat kelak, orang2 yang kita biarkan itu akan menarik kita turut menerima azab, menghalang kita ke syurga ALLAH…” ya ALLAH, naik bulu roma ana dengar peringatan ustazah tu.

Ya betul kata ustazah, kami tahu dan kami teringin laksanakannya. Tapi sifat kami yang belum mantap dengan mauizatul hasanah dalam tegurun secara hikmah tersebut membuatkan kami tidak mampu berbuat demikian. Sedih dan takut di hati menjadi tidak tenang kami hari itu, namun ustazah ada menerangkan beberapa cara teguran sebagaimana kita tahu melalui 3 konsep, kuasa, lisan dan selemah2nya benci di hati kemungkaran tersebut dan berdoalah agar mendapat petunjukk Ilahi…

Menarik di sini apabila mendengarkan kisah beberapa pengalaman ustazah di institut pengajiannya dulu tentang penubuhan kelab munkar dimana tugasnya menegur kesalahan pelajar, lucu pun ada dari ceritanya. Kami jadi bersemangat,dan teringin juga dilaksanakan di kampus ni. Ustazah juga cerita dimana dia sekarang sedang mentarbiah seorang saudara baru yang telah kembali pada fitrah Islam. Alhamdulillah… kami ingin perbaiki diri ini, ya ALLAH berilah kami kekuatan sebagaimana kekasihMu Rasulullah… amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~ perkongsian yg lain~